Jangan Salah Beli! Ini Beza Antara Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

Nampak sama tapi berbeza. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga sesetangah daripada kita tak pernah tahu pun yang tin sardin ni ada dua jenis ikan yang berbeza iaitu Ikan Sardin dan Ikan Mackerel, alahai!

Mana tidaknya, kalau perhatikan daripada bentuk tin sama je saiznya tapi kalau lihat pada warna perkataan, gambar ikan dan label pada tin, anda akan jumpa perbezaan dua jenis tin ikan ni. Jangan tertipu chuols!

Sumber: facebook

Apa perbezaan kedua-dua jenis tin ikan ni?

Perbezaan kedua-dua jenis makanan tin bukan saja pada luaran. Bahan pun berbeza. So, para suami kalau isteri minta tolong belikan tin ikan pastikan you guys tanya dulu ikan jenis apa okay? Sardin atau Mackerel.

Melainkan isteri anda tak kisah ikan yang mana satu asalkan balik dari kedai bawa tin bewarna merah kuning. Tapi, untuk pengetahuan anda perbezaan kedua-dua jenis ikan ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan.

Kalau anda buka tin sardin yang lebel ‘ikan sardin’, ikannya agak kecil dan kuantiti banyak. Selalunya akan ada 4 ketul. Kalau buka tin sardin yang mempunyai tanda ikan mackerel, kuantiti sikit iaitu 2 ketul je tapi saiz ikannya agak besar. Lihat video bawah ni.

Kalau sentuh bab rasa antara kedua-dua jenis ikan ni, lebih kurang je. Cuma, anda sendiri boleh buat pilihan sama ada nak ketulan ikan yang banyak atau sedikit.

Lepas ni jangan pelik bila kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak okay? Selamat membeli-belah!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenali 7 Jenis Bawang Ini

Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

 

 

 

Promosi menarik dengan klik link ini.

 

Sumber: myrujukan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna