Jangan Risau Dengan Tarikh Luput, Jika Anda Guna ‘Magic’ Ini

Belum tarikh luput lagi dah busuk makanan ni! haih macam mana ni?!”

Baru tiga atau empat hari, makanan yang segar terus jadi busuk atau tak boleh di makan lagi. Perkara ini sering terjadi apabila makanan yang di simpan di dalam peti ais, atau dibiarkan berhari-hari berbungkus pada suhu bilik.

Rugilah! Kita beli nak makan, tapi akhirnya di makan kulat dan kecut. Jadi, artikel di bawah ini menunjukkan 7 cara anda perlu lakukan untuk mengelakkan daripada makanan rosak atau busuk.

#Cara 1

Jika anda menyimpan buah strawberi di dalam peti ais selama tiga atau empat hari, pasti kulat strawberi tumbuh pada badan buah tersebut sehinggakan anda tidak dapat merasa kemanisan buah strawberi tersebut.

Iyalah, kita simpan sebab nak makan untuk esoknya ketika menonton televisyen atau lapar pada waktu malam. Biasalah perempuankan! Lapar tak kira waktu, makan pun kena ada mood.

Jadi, untuk mengekalkan kesegaran buah strawberi tersebut, ambil semangkuk air dan masukkan cuka epal ke dalam air tersebut (sukatan ikut kesesuaian isipadu air). Kemudian, celupkan kesemua buah strawberi tersebut selama dua minit, toskan dia dan simpan dalam peti ais di dalam bekas yang ada pengudaraan. Lihat selepas tiga hari! Pasti tiada kulat lagi dan buah anda masih segar.

Sumber: unsplash

#Cara 2

Kalau lihat pada bahagian pembekuan peti ais, kebanyakkan bahan mentah seperti daging lembu, ayam, itik atau ikan pasti akan diselaputi dengan ais sehinggakan daging tersebut sudah kelihatan tidak segar!

Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan daging atau ikan ke dalam bag plastik yang mempunyai zip tip (ala dekat Ikea ada, nama dia Istad beg plastik). Kemudian, zip tip jangan sepenuhnya kerana anda perlu merendam bahan mentah yang sudah dibungkus beg plastik untuk proses kedapan.

Selepas bahan mentah tersebut dikedap, anda boleh zip tip sepenuhnya dan simpan di tempat pembekuan peti ais. Lihatlah hasilnya nanti! Pasti anda sangat berpuas hati.

Sumber: tastessence

#Cara 3

Siapa yang selalu membeli roti pasti sedih bila roti anda dipenuhi dengan kulat hijau atau hitam hanya selepas empat hari. Euw! Geli nak makan, tapi apakan daya. Kulat pun sibuk nak makan roti juga.

Oleh itu, untuk mengelakkan roti yang dibeli mudah dipenuhi dengan kulat, anda cuma masukkan potongan batang saderi ke dalam bungkusan roti anda. Dengan cara ini, roti pasti akan tahan lama walaupun selepas seminggu. Senang bukan?

Sumber: cleverly

#Cara 4

Kepada penggemar biskut bakar, di rumah anda pasti ada berbekas-bekas stok biskut. Tapi bila disimpan pada jangka masa yang agak lama,  kelembutan biskut bakar anda pasti bertukar menjadi keras kerana terdedah dengan udara yang terperangkap.

Justeru itu, bagi memastikan kelembutan biskut bakar tersebut kekal. Masukkan sekeping roti bersama biskut bakar yang lain di dalam bekas. Tindak balas roti dan udara di dalam bekas tersebut akan mengekalkan kelembutan biskut bakar anda!

Sumber: jennifer pallian

#Cara 5

Dalam peti ais kalau tak ada sayur hijau memang tak lengkap menu hidangan. Tapi bila kadang kala sayur yang dibeli tidak mampu untuk bertahan segar sehingga hari ketiga. Alahai, takkanlah nak pergi kedai hari-hari semata-mata beli sayur?

Jangan risau! Ada jalan penyelesaiannya. Selalunya anda menyimpan sayur di dalam peti ais dengan tidak berbalut kan? Jadi, kali ini cuba anda balut dengan kain putih, bungkuskan dengan kemas dan rapi kemudian, simpan di dalam bekas.

Lihat hasilnya! Pasti buat anda tersenyum melihat kesegaran sayur tersebut masih lagi kekal. Mudah bukan? Ya, sangat mudah tapi anda perlu rajin.

Sumber: phuclong

#Cara 6

Jika anda pernah membeli susu putih, pasti anda pernah terbau susu yang berbau busuk seperti basi selepas beberapa hari di simpan di dalam peti ais. Masa tu, terus terbantut selera makan sebab bau susu yang tidak menyelerakan.

Bagaimana caranya? Mudah saja, selepas saja anda pulang dari membeli susu putih, masukkan sedikit garam (kuantiti garam mengikut isi padu susu. Jika 2 liter, letak dua sudu kecil). Kemudian, goncangkannya sehingga sebati dan anda boleh simpan di dalam peti ais.

Sumber: usatoday

#Cara 7

Akhir sekali adalah pisang. Kalau anda perasan, warna pisang pasti akan bertukar menjadi kehitaman, lebam dan busuk jika dibiarkan berhari-hari di meja makan. Nak makan buat sarapan pagi pun dah terbantut.

Jadi, jalan penyelesaiannya adalah,ambil plastik jernih, bungkuskan pada tangkai pisang dan tara! Pisang anda tidak akan menjadi busuk.

 

Sumber: life daily

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna