Jangan Penat Hadap Suami Pemalas Bantu Buat Kerja Rumah

Ada suami yang tidak pandai mencuci pinggan makan sendiri, baju kotor tidak dimasukkan ke tempat yang betul. Ada juga yang suka sepahkan barang kerja dan langsung tidak membantu membersihkan tandas.”

Ramai wanita terutama yang sudah bergelar ibu kecewa dengan suami kerana tidak mahu membantu membuat kerja rumah. Mereka pasti membentak atau marah-marah dengan harapan suami akan sedar dan segera memberi pertolongan.

via GIPHY

Jangan haraplah! Cara begitu tidak akan berkesan sama sekali. Lagi anda membebel atau marah-marah, lagi membuatkan mereka meluat dan terus meninggalkan rumah tanpa rasa belas kasihan untuk meringankan tugas anda.

via GIPHY

  • Secara psikologinya, apa jua tugas yang ingin kita minta bantuan daripada sesiapa pun samaada kanak-kanak, orang dewasa atau pekerja bawahan perlu dilakukan lakukan dengan berhemah atau minta secara perlahan-lahan dengan diplomasi. Begitu juga jika ingin meminta bantuan daripada suami yang malas. Suami pasti mempunyai pelbagai alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja di rumah. Paling utama jangan berdebat dengan alasan yang diberikannya kerana itu hanya sia-sia. Sebaik-baiknya dengar dulu semua alasan yang diberikan suami, kemudian baru anda praktikan cara terbaik agar ‘suami malas’ ini dapat memberi kerjasama dalam keluarga.
  • Jika suami tidak suka melakukan tugas yang diminta, tawarkan tugas lain yang boleh dilakukan. Jika dia boleh melakukan sesuatu yang membuatkannya selesa lama-kelamaan dia pasti melakukannya dengan sendiri. Sifat lelaki biasanya tidak suka disuruh atau dipaksa. Jadi jika kemalasannya berkaitan dengan tugas dalam rumah, anda boleh memberinya peluang memilih tugas sendiri, supaya anda tidak kelihatan seperti bos. Jelaskan padanya urusan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri saja. Semua orang yang tinggal di rumah anda mempunyai peranan yang sama untuk menjaga rumah supaya bersih dan selesa.
  • Sifat malas membuatkan keadaan rumah tidak terurus dan kotor. Cuba jelaskan kepada suami ia tidak baik untuk kesihatan. Terangkan apa punca yang akan terjadi dalam rumahtangga disebabkan sifat malas yang ada dalam diri seseorang.  Mana-mana agama pun mengajar pengikutnya agar menjaga kebersihan diri dan juga sekeliling. Semoga dengan cara ini suami faham dan mahu berubah.
  • Ada juga dari kalangan wanita malu dan takut meminta bantuan suami, padahal ketika itu si isteri memang sudah terlalu penat menguruskan rumah sendirian. Mereka mengharap suami faham sendiri. Hapuskan perasaan ini supaya anda tidak terbeban dengan tugasan di rumah yang lama kelamaan boleh menyebabkan anda berasa tertekan. Lelaki dan wanita berbeza. Lelaki akan membuat sesuatu tindakan jika ada arahan. Mereka sukar memahami bahasabahasa badan jika tidak diminta berbuat demikian. Oleh itu minta bantuan suami dengan cara paling lembut. Apa yang boleh dilakukan adalah buat jadual tugasan seperti yang dilakukan ketika zaman sekolah. Tunjukkan pada suami dan bawa berbincang. Minta bantuan suami menyelesaikan beberapa pekerjaan berat yang memang hanya mampu dilakukan lelaki.
  • Kebiasaannya lelaki enggan melakukan kerja rumah kerana malu dan berasa harga dirinya berkurang dengan melakukan pekerjaan itu. Mereka tidak sedar semua isteri akan berasa bangga dan gembira apabila suami sudi meringankan tangan membantu mereka. Justeru, anda perlu ucapkan ayat manis menyatakan betapa beruntungnya anda mempunyai suami  yang rajin. Jangan lupa ucapkan terima kasih selepas suami selesai melakukan kerja rumah. Bahkan tidak salah mengucapkan terima kasih sebelum dan ketika dia melakukan satu-satu tugas yang diminta.

 

Sumber: theasianparent hmetro xtra.com

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna