Jangan Pandang Rendah Kuasa Pujian!

Tahukah anda, 24 Januari pada setiap tahun adalah World Compliment Day? Ha, dah puji orang belum hari ni? Bukan apa, amalan memuji ni yang sebenarnya kurang diberi perhatian dan selalu dipandang enteng oleh kebanyakkan kita.

Ramai yang tidak sedar, ucapan berbunyi “Wow,bagusnya!” pun mampu memberi impak yang besar terhadap individu.

Sumber: wordpress

Sempatlah juga Donna berborak dengan Nik Azura, seorang bekas penyampai radio terkenal Hot FM, yang kini merupakan salah seorang ketua di Ripple Media. Menurutnya, pujian dalam kehidupan seharian sangat diperlukan terutama bila dah berkeluarga sebab bila kita memuji seseorang, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.

Katanya lagi, sebagai seorang isteri dan ibu, dia juga perlu memahami setiap isi rumahnya kerana setiap pujian yang diberikan perlu disampaikan mengikut cara tertentu. Misalnya, pujian untuk suami boleh diberikan dengan cara lebih lembut dan bersifat lebih mesra. Ini kerana sebagai isteri kita faham bebanan suami di tempat kerja, pujian daripada isteri mungkin dapat mengurangkan tekanan atau rasa penat si suami.

Untuk anak-anak pula, kata-kata pujian seperti “tahniah”, “pandai”, “bijak” dan seumpanya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Pujian seperti ini akan menggalakkan lagi mereka untuk lebih berusaha bagi melakukan yang terbaik.

Azura juga mengakui bahawa pujianlah yang sebenarnya dapat memberi aura positif untuk dirinya mengekalkan momentum seseorang. Tambahnya lagi, pujian harus diberi tulus dari hati, bukan sekadar kata-kata di mulut sahaja. Jom sebarkan aura positif dengan pujian-pujian membina kepada orang di sekeliling anda.

Happy World Compliment Day, from Donna! 

 

 

 

Sumber: days of the year

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna