Jangan Pandang Rendah Dengan Ruam. Atasinya Dengan Cara Ini

Siapalah tak sayang kulit badan sendiri. Kulit adalah organ terbesar dalam struktur badan manusia kerana mempunyai 16% dari berat badan manusia. Kulit juga bertindak menyelaputi untuk melindungi otot-otot serta organ dalaman manusia.

Memiliki kulit yang halus dan cantik adalah impian setiap insan, bukan sahaja wanita malah juga kaum lelaki.

Sumber: omdimas

Untuk memiliki kulit yang cantik bukan perkara yang mudah kerana memerlukan penjagaan yang rapi terutama buat mereka yang mempunyai penyakit kulit sensitif. Dan tidak semua mampu melakukannya.

Ini yang menyebabkan menjadikan kulit bermasalah seperti kurap, panau, jeragat dan ruam. Oleh itu, artikel kali ini, akan mendedahkan kepada anda apa itu ruam.

Sumber: microsmo

Ruam bukan saja dalam boleh terjadi pada kanak-kanak tetapi, ia boleh terjadi dalam kalangan dewasa juga. Punca ruam adalah iritasi kepada kulit yang disebabkan udara sekeliling, kebersihan atau bahan penyebab dermatatis.

Tambahan lagi, ruam akan muncul di bahagian permukaan kulit sehingga menyebabkan timbulnya biji-biji merah kecil yang gatal, kulit mengelupas atau bersisik yang sering timbul di kawasan kulit kepala, pipi, siku, pelipat dan juga dahi.

 

Antara faktor terjadinya ruam ini adalah…

  • Penggunaan produk seperti sabun, bahan pencuci, syampu atau minyak wangi yang tidak bersesuaian dengan kulit anda.
  • Kosmetik atau ubat yang tidak serasi dengan imun badan.
  • infeksi bakteria yang ada di udara sekeliling yang tidak sihat atau kotor.
  • Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac.
  • Barang kemas atau fabrik.

Antara rawatan terjadinya ruam ini adalah…

  • Sapukan di bahagian ruam dengan ubat krim (kecuali kawasan berhampiran mata)
  • Cuci di kawasan ruam dengan sabun lembut dan bilas.
  • Dedahkan badan di kawasan yang sejuk atau lembab dan biarkan kulit anda bernafas.
  • Mandi atau berendam dalam air sejuk.
  • Elakkan menggaru di bahagian ruam.
  • Basuh pakaian anda dengan sabun pelembut, bukannya detergen. Bilas dua kali untuk membuang semua kesan sabun. Jangan gunakan bahan cuci yang kuat.

Walaupun ruam bukan penyakit yang berjangkit tetapi, anda tidak boleh mengambil mudah terhadap ruam kerana kulit anda akan kelihatan buruk dan rosak di bahagian permukaan yang mengakibatkan anda tidak selesa serta mengakibatkan keyakinan diri anda rendah.

 

Sumber: bidanku

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna