Jangan Pandang Remeh Dengan ‘Checklist’ Ni Bila Naik Kapal Terbang Dengan Anak

Pasti ramai yang tertanya-tanya boleh ke naik kapal terbang dengan anak kecil? Sebenarnya boleh je cuma jangan sampai memudaratkan si kecil dan diri anda. Maksudnya, kalau nak bercuti naik kapal terbang dengan si kecil, banyak aspek kena lihat dan semak. Bukan main belil tiket, check in dan settle.

TAK! Anda salah. Sekarang ni kami akan bantu anda untuk memastikan waktu pelepasan nanti tak ada sebarang kekecohan berlaku atau tergendala disebabkan perkara remeh. Antaranya…

Passport

Mesti ada sesetengah yang cakap “Ek eleyh! Takkan la passport pun nak kena ingatkan”. Ya, nampak mudah tapi perkara kecil inilah yang sering menjadi punca percutian anda tergendala. Misalnya, faktor tarikh luput.

Cuba semak semula tamat tempoh yang ada pada buku merah anda dan si kecil. Sempat ke tidak tempoh bertahan untuk pergi dan balik. Mana tahu, tamat tempoh passport lepas untuk ke sana tapi untuk balik ke sini, tak sempat.

Tempat duduk bayi

Beritahu pihak penerbangan bahawa anda ingin bawa tempat duduk bayi kerana ada sesetengah penerbangan tak membenarkan penumpang membawa tempat duduk bayi di dalam kapal. Jika dibenarkan, lihat pada penanda pelekat tempat duduk si kecil sama ada sesuai ke tidak untuk kegunaan kapal terbang.

Sumber: which?.uk

Lagi satu, jika berat si kecil melebihi 20kg, rasanya pihak penerbangan menyarankan tidak perlu bawa tempat duduk bayi kerana boleh guna kerusi kapal seperti biasa jadi, tak perlu bawa tempat duduk bayi pun tak apa.

Suntikan imunisasi

Ada sesetengah kawasan luar negara yang memerlukan anda menyuntik imunisasi jadi tanya kepada pihak doktor terlebih dahulu sama ada tempat yang anda ingin kunjungi ni perlu disuntik atau pun tidak.

Sumber: unsplash

Pihak doktor akan menyarankan jenis suntikan imunisasi apa yang perlu anda ambil. Iyalah, antibodi bayi ni lemah, takut pula bila balik, si kecil bawa virus yang tak diingini. Kan dah susah.

Insuran satu keluarga

Kita manusia tak boleh jangka apa yang akan terjadi di masa depan. Untuk langkah berjaga-jaga, pastikan seluruh keluarga anda termasuk si kecil mempuyai pelindung insuran. Nak lebih senang, beli insuran sementara di mana hanya melindungi keluarga anda sepanjang keberadaan anda di dalam kapal terbang.

Nombor telefon doktor dan orang terdekat

Biasalah bila kita pergi negara luar, para ibu-ibu mesti overthinking itu ini. Untuk mengurangkan overthinking tu, ambil mana-mana nombor telefon doktor untuk rujukan kesihatan ketika keberadaan di luar negara atau orang terdekat yang mudah untuk dihubungi jika sesuatu terjadi.

Sumber: unsplash

Jelas sekarang? Ya, memang agak rumit tapi untuk keselamatan anda sekeluarga. Janganlah nanti kenangan percutian anda menjadi satu perjalanan yang tak seronok. Omputih kata, “prepare for the worst!” gitchew! Selamat bercuti.

Keyword: DonnaXsangkar

Baca juga:

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Keluarga Bercuti Ke Adelaide

 

 

 

 

Sumber: Parents

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna