Jangan Pandang Enteng, Ini Tip Penting Untuk Hadapi Jerebu Yang Anda Perlu Tahu

Bangun pagi cuba anda lihat cuaca di luar mendung dan kelihatan seperti kabur betul tak? Kadang-kadang ada sesuatu bau yang pelik seakan-akan bau terbakar. Kewujudan titik panas menjadi punca utama jerebu yang mencatatkan peningkatan kepada 39 lokasi sejak dari semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi, disebabkan faktor angin yang meniup secara konsisten dari arah barat daya akibat pembakaran hutan di Indonesia membawa jerebu sehingga mencetuskan kemerosotan bacan IPU di Malaysia. Walaupun bacaan masih dalam keadaan sederhana, tapi penting untuk anda bersiap sedia untuk masa akan datang sekiranya jerebu di kawasan anda semakin teruk.

Ini tip penting yang anda perlu tahu :

Image result for family at home

Sumber: real

Elakkan Keluar Dari Rumah 

Bagi yang plan nak buat aktiviti di luar seperti jogging atau hiking bersama keluarga, lebih baik untuk anda tangguhkan dahulu. Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk anda lakukan tambah lagi bagi sesiapa yang menghidap penyakit asma, ibu mengandung dan warga emas.

Jangan risau dekat rumah pun masih boleh enjoy dengan melakukan aktiviti seperti zumba, pilates ataupun menari.

Tutup Tingkap 

Sebelum pergi kerja, pastikan pintu dan tingkap rumah anda ditutup untuk mengelakkan rumah anda dipenuhi dengan debu. Bila ada waktu terluang, ambil masa untuk menyemak Indeks Pencemaran Udara di kawasan rumah anda. Jika berada dalam keadaan selamat, anda boleh buka pintu dan tingkap seperti biasa supaya udara segar masuk.

Image result for minum coffee

Sumber: hellosehat

Kurangkan Minum Kopi 

Mesti anda tertanya-tanya apa kena mengena jerebu dan kopi? Haa sebenarnya ramai yang tidak tahu kopi boleh membuatkan anda berasa dahaga dan dehidrasi tambah lagi bagi yang kurang minum air masak.

Waktu jerebu ni, badan anda sangat memerlukan air yang secukupnya untuk mengelakkan kesihatan anda terjejas. Nak minum boleh, tapi pastikan anda ‘topup’ semula badan anda dengan air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Cuci Tangan Dan Muka Dengan Kerap 

Bila anda keluar sahaja dari rumah, anggota badan anda sudah terdedah dengan toksin daripada keadaan jerebu. Jadi tak perlu segan untuk sentiasa kerap mencuci tangan dan muka apabila berada di luar rumah. Lagi bagus jika sebaik sahaja pulang dari kerja untuk mandi dan bersihkan diri daripada kesan debu ketika anda berada di luar.

Related image

Sumber: aldokter

Pakai Mask 

Jangan main pakai je! Anda perlu pastikan mask yang dipakai mampu menapis udara kotor. Mask yang sering dipakai seperti di atas hanya untuk mengelakkan air liur atau hingus daripada tersebar jadi udara diluar masih boleh dihidu oleh si pemakai.

Donna sarankan untuk anda memilih jenis mask N95 kerana bentuknya ketat di muka. Perhatian mask ni hanya untuk orang dewasa sahaja ye! Ingat mencegah lebih baik daripada merawat jadi, gunakan tip di atas untuk menjaga kesihatan tubuh badan anda dengan baik ketika jerebu.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna