Jangan Pandai Pakai Je, Kena Tahu Juga Jenis Setiap Kasut Anda

Alahai! Asal sarung je kat kaki, dipanggil kasut dengan selipar je la”

Itulah bait-bait perkataan yang terkeluar dari mulut seorang lelaki yang kurang berpengetahuan dalam mengetahui nama setiap jenis kasut wanita tapi Donna rasa itu adalah perkara biasa. Lelaki kot!

Yang menjadi pelik apabila masih ada lagi sesetengah wanita juga yang tidak mengetahui nama jenis kasut mereka. Tahu sarung je dekat kaki tu. Jom kita kenal jenis-jenis kasut wanita:

Kasut tinggi (high heels)

Sumber: misguided

Untuk mengetahui ciri-ciri kasut tinggi adalah rekaan mereka tidak bertali seperti ankle shoes. Ia seperti stiletto tetapi, beza kasut tinggi dan tidak tertutup, stiletto bertutup di bahagian depan.

Wedges

Sumber: usshin

Mudah saja untuk mengenal pasti kasut wanita jenis wedges. Tapaknya tidak mempunyai batang seperti kasut tumit tinggi tetapi bahagian tapaknya menebal mengikut ketinggian sesebuah kasut.

Stiletto

Stiletto seperti kasut tumit tinggi tetapi, yang membezakan kedua-dua jenis kasut ini adalah bahagian depannya tertutup. Itu saja! Ihiks!

Ankle Straps

Sumber: misguided

Identiti yang perlu anda tahu tentang kasut ini ialah, ia mempunyai lilitan di sekitar buku lali. Tidak kiralah tumit tinggi atau rendah, jika ada lilitan dan bertali, nama kasut itu adalah ankle straps.

Mules

Ciri kasut mules, ia bertutup di hadapan dan terbuka di belakang. Tumit bermacam jenis ada. Ada yang tapaknya rata dan ada yang berinci-inci tingginya.

Sandal

Kasut sandal paling mudah untuk dikenal pasti. Strukturnya tidak mempunyai apa-apa tumit dan sangat santai design-nya. Ia tidak sesuai untuk ke majlis tetapi sesuai untuk aktiviti outdoor seperti lepak di kedai mamak atau ke kedai runcit!

 

 

 

 

Sumber: globalrakuten

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna