Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

Tatkala dunia dilanda wabak yang sudah pun meragut ramai nyawa manusia dan dalam ketika ramai yang cuba untuk mengambil langkah berjaga-jaga, ada segelintir yang suka berkongsi informasi atau fake news.

Ada informasi yang betul dan ada juga yang tidak mempunyai kesahihannya. Ada petua-petua yang kita perlu berwaspada kerana dalam kita mengelak wabak coronavirus ini kerana kita mungkin akan terdedah kepada penyakit lain pula!

Menerusi perkongsian di Facebook Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang merupakan seorang pekerja perubatan, beliau ada meletakkan sebuah posting berkaitan pengalamanya merawat pesakit yang dimasukkan ke wad pemerhatian, Jabatan Kecemasan. Pesakit tersebut dikatakan dimasukkan ke wad kerana mengalami reaksi ‘anaphylaxic’ iaitu alahan yang teruk.

“Apabila saya tanya tujuan dia mengambil vitamin C, dia memberitahu tak ada apa-apa”.

Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Dr Zek, terus bertanyakan soalan sebab baginya agak mustahil bagi seseorang individu mengambil vitamin C tanpa sebarang tujuan atau sebab. Kemudian barulah pesakit tersebut memberitahu bahawa dia makan supplement tersebut disebabkan satu kenyataan di Facebook yang mengatakan bahawa vitamin C mampu mengelakkan dari terkena jangkitan Covid-19.

“Apa tujuan encik ambik suplemen vitamin C ni?” Tanyaku kepada seorang pesakit berumur 30-an.

Beliau mengalami reaksi…

Posted by Ahmad Zakimi Abdullah on Saturday, 2 May 2020

Dr Zek membidas dan menjelaskan melalui posting tersebut bahawa tiada kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C mampu merawat mahupun mencegah COVID-19. Malahan produk yang dibeli oleh pesakit tersebut melalui dalam talian juga diragui status pendaftaran KKM. Ish, risiko betul!

Dr Zek memberitahu, “Pesakit ini mengalami alahan selepas beberapa hari memakannya dan ia menjadi semakin teruk dengan terpaksa menerima rawatan IM adrenalin, IV hydrocortisone, IV piriton dan IV ranitidine,

Tambahnya lagi, kenyataan yang tular di Facebook itu hanyalah tuntutan daripada golongan yang hanya ingin mendapatkan keuntungan dan para perubatan amalan songsang.

“Mereka tu nak berniaga bukan merawat”

Menurut beliau, keperluan vitamin C bagi orang dewasa adalah sebanyak 70 hingga 100mg sehari. Biasanya satu tablet bersamaan 1 gram. Memakan buah dan sayur-sayuran sahaja juga mampu untuk memperoleh vitamin C secara semula jadi. Go organic guys!

Mengambil vitamin C pada kadar yang berlebihan mampu mendatangkan kemudaratan pada seseorang individu. Vitamin C yang berlebihan akan dikumuhkan melalui air kencing kerana ia bersifat larut air. Namun jika ia melebihi 2 gram maka akan mengundang kesan sampingan seperti batu karang. Yikes!

“Kesan lain seperti rasa loya, muntah, sakit dada, esophagitis (asid perut naik ke esofagus), sakit perut, kelesuan, sakit kepala, susah nak tidur, cirit birit, batu karang, kegagalan buah pinggang dan skin flushing juga berkemampuan untuk berlaku,” jelasnya lagi. Posting Dr Zek menerusi laman Facebook peribadinya itu sehingga kini telah mendapat 1100 perkongsian serta 2200 tanda suka daripada netizen.

Donna mengucapkan tahniah dan terima kasih atas perkongsian Dr Zek bagi meluarkan kesedaran ramai tentang isu ini. Pastikan kita mengetahui sumber serta supplement yang kita makan tu, sesuai dan diperlukan oleh badan kita. Jika tidak, buruk padahnya nanti!

 

 

Baca:

Doktor Ini Bedah Diri Sendiri!

Kisah Benar! Banduan Lari Dari Penjara Paling Ketat Di Dunia

Pembunuh Besiri Kegilaan Ramai Wanita

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna