Jangan Menyesal Kalau Pergi Ipoh Tak Cuba 3 Jenis ‘Street Food Famous’ Ni

Restaurant Never, Street Hawkers Forever!

Pembaca Donna ada tak berasal dari Ipoh? Haa kalau anda nak tahu di sana memang sudah cukup terkenal sebagai  salah satu tempat pelancongan kerana mempunyai pemandangan gunung-ganang yang indah dan tenang.  Selain Pulau Pinang, bandar Ipoh juga memiliki tarikan tersendiri dengan juadah makanan yang mempunyai pelbagai citarasa daripada kaum Melayu, Cina mahupun India.

Senarai ini akan membantu anda mencuba ‘street food’ yang famous di bandaraya Ipoh. Kalau tak cuba, memang rugi habis!

Image result for long bean sprout chicken

Sumber: tripadvisor

Long Wong Bean Sprout Chicken 

Ramai orang keliru dengan nama makanan ‘Bean Sprout Chicken’ kerana ada yang menggangap bahawa makanan ini adalah gabungan daripada dua bahan iaitu taugeh dan ayam. Tapi sebenarnya kedua bahan ini dimasak secara berasingan dan menjadi dua hidangan yang berbeza.

Ayam akan dikukus sehingga isinya lembut dan sedikit rasa kenyal apabila digigit. Dan taugeh pula adalah hidangan yang menambah tekstur ranggup apabila dimakan bersama ayam kukus. Jangan risau bagi tak nak makan dengan nasi anda juga boleh pilih untuk dimakan bersama kuey teow sup. Umpph sedapnya!

Image result for foh san dim sum

Sumber: tripadvisor

Foh San Dim Sum 

Hidangan ini menjadi pilihan para pelancong dan penduduk setempat, sebut sahaja Foh San Dim Sum pasti akan meingatkan mereka tentang dim sum yang terbaik di sekitar bandaraya Ipoh. Anda patut cuba juga makanan bergoreng seperti stuffed eggplants yang mempunyai rasa rangup dan lemak.

Bukan itu sahaja, bagi penggemar dim sum anda patut rasa Har Mai kerana ia adalah diantara menu popular yang menggunakan dumpling skin dan diletakkan udang segar.

Related image

Sumber: j2km

Caning Garden Chee Cheong Fun

Nyum! Bagi penduduk Ipoh mesti dah tahu bila sebut sahaja tentang seorang pakcik yang menghidangkan Chee Cheong Fun dalam Caning Garden. Haa tekstur mee beras yang dikukus memang tu memang sangat lembut digabungkan pula dengan cendawan. Bagi yang suka pedas tu jangan risau mereka juga menyediakan cili sos dan kicap.

Haa tengok gambar je pun dah telan air liur dibuatnya. Kalau tak cuba memang rugi habis!

 

Artikel menarik :

Buat Si Kaki  Travel Ini 3 Negara Termurah Untuk  Backpacker

 

 

 

 

Sumber: thesmartlocal

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna