Jangan Mengeluh Jika Ada Peha Besar, Ini Sebab Kenapa Kaum Lelaki Menyukainya

Dah nama pun wanita, kalau tengok cermin mesti berjam-jam lepas tu mulalah mengeluh tentang bentuk badan tambah lagi bagi yang sibuk nak kecilkan peha. Dah macam-macam cara yang anda lakukan untuk kecilkan peha tapi masih tidak berhasil? Haa, kenapa perlu mengeluh mempunyai peha besar. Sebenarnya anda sudah pun mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan wanita lain.

Peha ni salah satu aset penting buat wanita tau, jadi buat anda semua jangan gelisah bila melihat peha tidak sekecil lidi di cermin yang penting anda kena hargai tubuh badan seadanya. Jom keep scrolling untuk lihat sebab mengapa lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai peha besar.

Related image

Sumber: fitness

Kelihatan Lebih Seksi

Lelaki tidak mempunyai bentuk tubuh yang melengkung, jadi mereka mahukan wanita yang mempunyai curvy kerana mereka lebih kelihatan feminin, seksi dan menggoda.

Lebih Sihat

Peha besar ni tanda sihat tau kerana mengikut British Medical Journal mengatakan bahawa wanita yang mempunyai peha dan punggung kecil lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung dengan mudah. Bukan itu sahaja, bagi wanita yang mempunyai lemak berlebihan di sekitar peha dikatakan lebih panjang umur berbanding wanita yang mempunyai lemak di bahagian perut.

Mudah Melahirkan Anak Sihat Dan Cergas

Senang nak bersalin! Jangan risau bagi anda yang mengalami masalah peha besar kerana ia akan memudahkan proses ketika bersalin berbanding wanita yang mempunyai peha kecil. Ini kerana peha besar membantu untuk menyokong tubuh badan dan menjadikan ia lebih kuat apabila anda sedang meneran. Tapi apa pun, faktor kesihatan lain juga perlu dijaga semasa mengandung ya.

Related image

Sumber: louise

Lebih Cantik Untuk Bergaya

Cuba tengok Kim Kardashian..haa letop tak peha dia? Siapa kata mempunyai peha yang besar tidak boleh bergaya. Malah artis barat sangat berbangga dengan memiliki punggung dan peha yang besar. Bila pakai apa pun cantik terletak, so jangan malu-malu lagi okay lepas ni!

Ada Daya Seksual Yang Kuat

Okay ini untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja ye. Memiliki peha besar ni boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan ketika anda bersama dengan suami. Jadi wanita ni anda perlu menghargai dan gunakan sebaik mungkin untuk memikat pasangan anda agar mereka lebih berasa ghairah.

Opps lepas ni cik abang pula yang kalah. Jadi anda perlu berbangga jika memiliki peha besar kerana itu bukanlah sesuatu perkara yang patut dimalukan, mana tahu ia akan menjadikan hubungan anda dan suami semakin hebat di atas katil hiks!

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Tak Perlu Sampai Ke Venice Dekat Thailand Pun Ada Santorini!

 

 

 

 

Sumber: maskulin

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna