Jangan Mengalah Dengan ‘Morning Sickness’, Sarimah Ibrahim Amalkan Rutin Ini

Masih ingat lagi watak Inspector Farah dalam Gerak Khas The Movie 3? Bukan sahaja cantik tetapi berbakat dalam bidang lakonan dan pengacara. Haa siapa lagi kalau bukan Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini bakal bergelar ibu tak lama lagi. Pasti semua netizen tak sabar nak tunggu kemunculan junior Sarimah.

Kalau anda lihat di Instagram, Sarimah sering berkongsi video pendek dan gambar tentang aktiviti senamannya semasa mengandung. Kali ini Donna dapat merungkai rahsia Sarimah bagaimana dia kelihatan kekal bertenaga dan cantik selain mengamalkan rutin senaman yang dilakukan.

“Sepanjang pregnant ni saya memang amalkan senaman setiap hari walaupun ada rasa macam loya dan alahan yang kuat semasa trimester yang pertama. Nak bangun dari katil pun rasa macam nak pengsan, dari segi makanan tu saya tak makan lebih, saya makan macam biasa je.”

Pengacara Mix Breakfast Show yang sudah menjangkau umur 41 tahun tetap berfikiran positif terhadap kandungannya dan tidak merasakan ia sesuatu yang berbahaya walaupun kerap mengalami alahan.

“Bagi saya, ni semua macam mindset tau. Jangan mengalah dengan rasa morning sickness tu, pengalaman saya dahsyat tau dari pagi sampai malam saya rasa nak muntah sampai sikit lagi nak masuk hospital tapi saya tetap teruskan. Kalau rasa nak muntah, saya terus pergi jalan sekeliling rumah terus hilang rasa tu.”

Perasaan gembira untuk mengumumkan baby gender  dikongsi bersama peminat dan rakan media dalam majlis  produk Thrill by Sarimah yang berkolaborasi bersama Shopee. Wah lepas ni Sarimah bakal menimang seorang puteri, boleh la bersiap-siap dan shopping bersama!

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna