Jangan Malu Untuk Belek Kemaluan Sendiri

Alat sulit adalah anggota tubuh badan yang sangat penting dan perlu diberi perhatian  lebih oleh wanita.”

Penjagaan bahagian intim seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat dengan kemaluan sendiri sering dipandang ringan sehingga membawa kepada masalah besar kepada kesihatan wanita. Masih ramai wanita yang menganggap bahagian intim tidak boleh dibincang kerana sesuatu yang tabu untuk diperkata. Ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu langsung mengambil tahu tentang anggota sulit mereka.

Anda tidak perlu rasa malu atau kekok untuk melihat atau memeriksa anggota kemaluan sendiri. Sebagai seorang wanita anda perlu mengenali bahagian-bahagian anggota Miss V seperti bibir besar (labia majora), bibir kecil (labia minora), kelentit dan pembukaan faraj.

Sumber Foto: slideplayer.com

Bagi wanita yang telah mula melakukan hubungan seksual, anda perlu amalkan pemeriksaan alat sulit sendiri, sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pada bila-bila masa anda rasa kurang selesa pada bahagian itu.

Sumber Foto: 7tv.net

Semasa membelek kemaluan sendiri, mungkin anda akan dapati terdapat gejala seperti melecet, kegatalan, keluar cecair hanyir atau perit akibat bersetubuh atau kecederaan tertentu, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pada bahagian kemaluan.

Bukan setakat untuk mengetahui tahap kesihatan kemaluan, tetapi sebagai tuan punya badan, anda boleh mengenali bahagian-bahagian yang mudah merangsang. Tidak salah menyentuh bahagian-bahagian yang mudah terangsang untuk mengenali keadaannya. Tetapi perbuatan ini biarlah sekadar untuk mengetahui fungsinya dan bukan untuk melakukan amalan merangsangkan seperti beronani. Jika anda telah berumah tangga, ini penting bagi membantu pasangan anda melakukan rangsangan kepada bahagian tersebut supaya kalian dapat menikmati dan menghayati orgasma ketika hubungan seks berlangsung.

Penjagaan ‘Miss V’ Yang Betul

Sumber Foto: popular-world.com

  • Jangan memasukkan sabun atau cecair ke dalam faraj, elakkan penggunaan bedak dan juga pewangi di ‘Miss V’
  • Pastikan kemaluan anda sentiasa berada dalam keadaan kering dan bersih. Gunakan seluar dalam jenis kapas supaya kelembapan dapat diserap. Jangan memakai seluar dalam yang terlampau ketat.

Sumber Foto: ww.idntimes.com

  • Elakkan penggunaan pad ataupun tampon yang mengandungi wangian ataupun berlapikkan plastik.

 

Sumber Foto: siraplimau.com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna