Jangan Malu Bertanya Soalan Seks Ini Kepada Pasangan

Walaupun sudah bersama bertahun-tahun lamanya bersama pasangan anda,perasaan malu pasti ada untuk berbual tentang isu-isu sensitif. Misalnya, “You ada kondom tak?” “You dah check tahap kesuburan?”.

Tapi, bila hubungan anda dan pasangan dalam zon yang selesa, Donna yakin tiada apa yang anda sembunyikan dan tak ada benda yang nak dimalukan asalkan tidak mengguris hati dan perasaan pasangan anda.

Untuk pengetahuan anda, bila dua individu sentiasa berinteraksi dengan bertanyakan soalan, ia dapat mengeratkan hubungan dengan pasangan. Lebih-lebih lagi jika bertanyakan soalan yang berunsurkan aktviti di atas katil.

Sumber: unsplash

Untuk pengetahuan anda, membuka topik tentang kepuasan atas katil bukan hanya selepas melakukan hubungan intim saja tetapi, ketika sedang menonton televisyen atau sedang mengemas rumah bersama.

Oleh itu, Donna akan kongsikan kepada anda beberapa soalan yang patut anda tanya kepada pasangan anda pada setiap hari untuk mengeratkan serta menguatkan lagi hubungan dengan pasangan anda.

Apa favorite ‘hidangan’ awak?

Peluk, cium, seks dalam bilik air atau foreplay. Itu adalah antara yang dimaksudkan dengan menu-menu ‘hidangan’ ketika melakukan hubungan seks. Percayalah, setiap orang pasti ada ‘hidangan’ kegemaran mereka.

Sumber: unsplashed

Oleh itu, lakukan ‘hidangan’ kegemaran pasangan anda berselang-seli. Mungkin hari ini lakukan kegemaran ‘hidangan’ anda dan esoknya berikan ‘kegemaran’ hidangan pasangan anda pula.

Menurut pakar psikoterapi, Doktor Lynn Ianni mengatakan semakin banyak anda membincangkan tentang hubungan intim bersama pasangan, semakin bagus pergerakkan anda di atas katil.

Nak romen berapa kali?

Bila menimbulkan kekerapan melakukan hubungan intim, tiada jawapan yang betul atau salah kerana ada sesetengah individu inginkan setiap hari tapi, ada pasangan inginkan pada hujung minggu saja.

Sumber: iStock

Soalan “nak romen berapa kali” rasanya tiada masalah untuk bertanya jika anda sudah mempunyai ikatan yang sah. Tambahan pula, soalan ini untuk memberi kepuasan anda berdua ketika melakukan hubungan intim

Cadangan daripada pakar psikoterapi, Doktor Lynn Ianni adalah setiap pasangan digalakkan untuk melakukan hubungan intim sebanyak 3 – 4 kali seminggu jika inginkan hubungan yang sihat.

Sesuai ke nak buat dekat sini?

Soalan ni kalau baca, bunyi seakan potong mood bila nak memulakan hubungan intim tapi, anda perlu ingat. Takut tak kena tempat. Iyalah, kalau boleh buat dengan senyap tak apa. Bayangkan kalau tak boleh?

Sumber: iStock

Misalnya, bila bilik mak mertua atau ibu bapa anda bersebelahan dengan bilik anda. Tak malu ke kalau mereka dapat tahu anda sedang ‘bersama’ dengan pasangan anda?

Haa, jangan malu untuk membincangkan perkara-perkara sebegini bersama pasangan. Mana tahu, ia mampu mengeratkan lagi hubungan anda. Hiks!

 

 

Sumber: LS

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna