Jangan Main Terjah! Kenalah Hormat Waktu Ziarah Walau Keluarga Sendiri

Kenapa semalam aku datang 11 malam kau tidur? Dah tak tahu nak layan tetamu ke? Aku datang nak jumpa adik aku tapi adik aku tidur..”

Kami yakin masih ramai yang memandang remeh tentang hal ini kerana kebanyakan antara kita beranggapan itu rumah ahli keluarga sendiri jadi boleh datang ikut masa kita walaupun dah lewat malam. Bila tak dilayan, dimarah pula tapi tidakkah mereka melihat jam sudah menunjukkan lewat malam? Masa untuk beristirehat.

Kecuali mereka yang datang daripada jauh dan sampai ke destinasi pada waktu yang tak dijangka, bolehlah tuan rumah menerima kunjungan tetamu asalkan sudah diberitahu lebih awal. Jadi, waktu mana yang sesuai boleh datang ke rumah orang?

via GIPHY

Menurut sebuah portal, Diriwayatkan daripada A’isyah RA, “Jarang sekali hari di mana Rasulullah SAW mendatangi suatu rumah kecuali baginda mengunjungi rumah Abu Bakar RA pada waktu pagi dan petang,”

Kita dapat lihat kebiasaan Rasulullah SAW mengunjungi para sahabatnya pada waktu pagi dan petang saja dan waktu yang dilarang berkunjung pada tiga waktu berikut….

  1. Sebelum waktu Subuh.
  2. Waktu tidur siang (tengah hari).
  3. Selepas solat Isyak.

Bukan apa, kalau nak difikir logik ketiga-tiga waktu di atas merupakan masa untuk berehat bagi tuan rumah kecuali dijemput atas kerelaan tuan rumah sendiri atau ada perkara penting terjadi sehingga perlu meminta bantuan.

Lepas ni, mungkin kita boleh hormat masa tuan rumah walaupun rumah yang kita nak berkunjungan tu ahli keluarga kita sendiri.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Percaya Atau Tak, Reka Bentuk Tingkap Yang Unik Mempengaruhi Aura Sebuah Rumah

Nak Rumah Sentiasa Nampak Kemas? Ini Cara Mudah Yang Anda Perlu Buat

 

 

 

 

 

Sumber: SH

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna