Jangan Main ‘Tembak’ Je, Doktor Ini Kongsi Kaedah Efektif Untuk Merancang Keluarga

Alhamdulillah anak pertama kita dah dapat. Nanti lepas pantang kita cuba terus anak kedua pula ye?”

Begitulah perancangan sesetengah pasangan yang baru saja dikurniakan zuriat pada awal perkahwinan. Mereka bersikap terburu-buru untuk mendapatkan zuriat yang kedua. Yalah, dah dapat anak comel, merah-merah dan senang melahirkan anak sampai tak membuat perancangan keluarga sampai orang kata, ‘bini dia kilang anak’.

Hm, tak nak lah macam tu, anak ni amanah Allah dan rezeki yang tak semua orang boleh dapat. Janganlah kita ambil enteng bab mendidik dan membesarkan mereka. Mungkin ada segelintir pasangan berjaya mendidik lebih dari 5 orang anak tapi jangan samakan kemampuan dan jalan hidup kita dengan mereka.

Sumber: ig normanhakim

Sebaiknya, merancang terlebih dahulu. Bukan apa, topik ini diketengahkan apabila seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak terjumpa keterangan dari salah seorang artis pelawak terkenal, Abam Bocey apabila tak mahu merancang kerana gusar tidak akan dikurniakan rezeki.

Kenapa perlu merancang?

Katanya, perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai kerana jarak anak lebih dari dua tahun sekaligus dapat memberi ruang si ibu pulih sepenuhnya. Sekiranya ada luka jahitan sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

“Tapi, sayangnya kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Ramai yang lambat mencegah. Para isteri kena ingat ye, sekiranya ujian air kencing menunjukkan positif hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.”

Apa kaedahnya?

Dr. Izzat turut menegaskan menerusi laman akaun twitter miliknya supaya para ibu memahami terlebih dahulu setiap senarai kaedah perancangan keluarga yang efektif walaupun sedang menyusukan si manja.

  1. Kondom untuk lelaki dan wanita
  2. Pil mini
  3. Suntikan
  4. Implan
  5. Alat intrauterine (IUD)

Kondom

 

Pil mini

Suntikan

Implan

Alat intrauterine (IUD)

Wow, banyak rupanya kaedah yang boleh kita gunakan seperti disenaraikan oleh Dr. Izzat ni.  Nak dengan tak je tapi perlu mendapatkan nasihat dan rawatan dengan pihak doktor terlebih dahulu. Jangan main langgar je. Jangan pentingkan kepuasan diri sendiri, cuba fikir anak dan suami.

Ingat! Bilangan anak bukan satu jaminan meraih kebahagian dalam institusi sebuah keluarga dan ia bukan penentu kehebatan pasangan diranjang. Apa yang penting sekarang bagaimana kita memberi didikan, membesarkan anak serta menjaga kesihatan diri kita.

Selamat merancang!

 

Untuk bacaan yang menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi ,

 Doktor Ini Tegur Mereka Yang Pandai-Pandai Letak Ubat Gigi Pada Kulit Melecur..Awas!

 

 

 

 

Sumber: igviviytwitter

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna