Jangan Main Suka-Suka Je Pukul Anak! Baca Ni Kalau Tak Nak Menyesal

Sebagai ibu bapa pasti anda ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak, mungkin ada yang bersikap tegas agar anak-anak lebih mendengar kata. Yelah zaman sekarang ni terlalu banyak kes di mana anak rosak akibat pengaruh rakan sebaya dan tidak dididik dengan baik. Tapi adakah dengan menjiwai watak garang dan tegas merupakan cara yang betul untuk mendidik anak?

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, mendidik anak terbahagi kepada 3 iaitu autokratik, demokratik dan laisez-faire. Cara mendidik anak yang paling terbaik sejak kecil lagi adalah dengan menggunakan cara demokratik. Ini kerana ibu bapa akan lebih banyak memberi dorongan, sokongan serta galakan dalam setiap perkara yang dilakukan agar sama-sama sepakat dan sebulat suara.

Penting untuk anda sentiasa bersikap adil untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah sahsiah yang lebih baik dan mempunyai jati diri yang mantap. Cuba anda praktikkan dengan memberi kata-kata perangsang untuk mereka agar mereka terus yakin dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Related image

Sumber: liputan 

Kesan Buruk Jika Terlalu Garang Dan Sering Pukul Anak

Ibu bapa yang garang terhadap anak-anak boleh dikategorikan sebagai kaedah autokratik di mana anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka suka lakukan. Anda perlu tahu, jika ibu bapa sering menyekat tindakan anak-anak secara tidak langsung mereka akan hidup dalam keadaan memendam rasa dan menyebabkan akan berlakunya tekanan emosi.

Tingkah laku yang agresif dengan orang lain mungkin disebabkan anda sering memukul anak-anak, dan ia akan bertambah teruk apabila mereka mengalami kemurungan sehingga suka duduk bersendirian dan bermonolog yang mampu mebimbangkan kesihatan mereka. Bila anak-anak sering dididik secara autokratik kencenderungan yang tinggi untuk mereka melepaskan perasaan marah pada orang lain adalah tinggi.

Image result for pukul anak

Sumber: tempo

Haa lepas ni berhati-hati dan jangan terlalu ikutkan perasaan kalau marah anak tu, anda perlu ingat bahawa anak-anak yang tertekan akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan atau lebih dikenali sebagai ‘depression’ atau ‘anxiety disorder’ serta kemungkinan boleh mendapat skizofrenia sekiranya dibiarkan dalam keadaan yang lama dan tidak dirawat dengan baik.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Sedapnya! Jom Ikut 3 Idea Resipi Telur Ringkas Untuk Makan Malam Yang Lengkap

 

 

 

 

 

Sumber : ismaweb 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna