Jangan Main Redah Je, Baik Baca ‘Tricks’ Ni Dulu Sebelum Terbang Ke Bandung

Kalau wanita nak bercuti je mesti nak cari tempat yang boleh shopping kan? Haa mana lagi kalau bukan Bandung, kerana ia terkenal sebagai tempat ‘syurga shopping’. Opps tapi jangan tertipu dan meletakkan harapan terlalu tinggi sebelum pergi ke sana. Ramai yang silap tanpa kaji selidik terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana dan mungkin trip anda sepatutnya menjadi a memorable one, turned out to be one of nightmare. 

Jadi walaupun anda bergerak bersama agen atau sendiri, penting untuk anda baca terlebih dahulu tip dan tricks di bawah bagi membantu memudahkan perjalanan anda ke sana dan mengelakkan diri ditipu.

Image result for shopping bandung

Sumber : sina

Apa Anda Patut Buat Sebelum Ke Sana?

Penginapan 

Okay walaupun Bandung ni kawasannya kecil, tetapi anda perlu tahu jalan di sana sentiasa sesak, sampai boleh rasa give up nak jalan ke sana hiks! Tapi jangan risau, anda boleh memilih lokasi hotel yang strategik untuk memudahkan tempat yang anda ingin lawati seperti Pasar Baru dan Factory Outlet.

Cash Money/ ATM Card/ Debit Card 

Active your card for international transaction! Perkara ni penting tau, kadang-kadang kita tak tahu apa yang berlaku. Mana tahu tiba-tiba duit cash tidak cukup di sana atau tiba-tiba dikenakan bayaran. Jadi anda tidak perlu risau jika sudah aktifkan kad anda sebelum berangkat.

Image result for pack food for travel

Sumber: lifeasmom 

Bekalan Makanan 

Bagi masyarakat Melayu ni, bab makan agak susah sikit. Jadi Donna sarankan untuk anda membawa sedikit bekalan makan seperti mi segera, sambal bilis atau pack food . Kalau makan di restoran mewah mungkin ia tidak menjadi masalah, tetapi kebiasaanya makanan di luar atau di tepi jalan membuatkan anda akan teragak-agak tentang cleanliness of the foods.

Mindset 

Sebelum anda berangkat, mindset tu penting! Mungkin anda dengar cerita daripada orang lain berbeza atau lebih menarik, tetapi sampai sana tidak seperti apa yang anda jangkakan. Jadi jangan expect terlalu tinggi, dan makanan di sana agak mahal tambah lagi anda adalah pelancong. Jangan sampai tertipu!

Paling penting sebelum nak berangkat pastikan anda sudah siap mental dan fizikal, dan jadikan ia sebagai pengalaman bercuti yang tidak dapat anda lupakan.

 

Untuk artikel lebih menari, anda boleh klik link di sini :

Jom Kenali Perangai Sebenar Si Dia Dengan Cara Mereka Makan

 

 

 

 

Sumber : pinfit 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna