Jangan Main Letak Je Minyak Semasa Rebus Spageti, Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Campak-campak bahan dalam kuali tak sampai setengah jam dah siap! Hidangan apa lagi paling senang dan mudah nak masak kalau bukan spageti atau pasta. Ia bukan sahaja mudah untuk disediakan dalam masa yang sama sedap, anak-anak pun mesti suka. Tambah lagi di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis sos readymade hanya boleh dipanaskan jadi tak ada la duduk lama-lama di dapur.

Bercakap sahaja tentang spageti, mungkin ramai yang tahu cara memasaknya dan ada juga menggunakan trik paling popular untuk merebus spageti dengan meletakkan sedikit minyak supaya ia tidak melekat. Eh, boleh pakai ke cara tu? Untuk pengetahuan anda berdasarkan laporan dari Curiosity mengikut peraturan sains dan logik minyak tidak mampu larut ke dalam air.

Image result for rebus pasta

Sumber : detikfood

Minyak Dan Air Tidak Boleh Larut

Jadi cuba anda bayangkan jika anda meletakkan minyak ke dalam air rebusan ia tidak memberi sebarang kesan dan cuma hanya sedikit sahaja minyak akan terkena pada spageti. Ha, mungkin anda boleh campurkan minyak sejurus selepas ia diangkat. Titiskan sedikit minyak dan ratakan. Tapi untuk anda yang tidak suka menggunakan minyak,  Donna ada cara lain untuk rebus spageti agar ia tidak melekat.

Gunakan periuk atau bekas yang besar untuk mengisi air sehingga banyak air untuk mengurangkan ruang agar spageti anda mudah untuk dimasak dan tidak melekit. Kacau secara berkala dan pastikan adunan spageti kuah terus diletakkan ketika masih panas dan letakkan sedikit air pada spageti. Mesti anda tak sangka banyak je cara lain daripada gunakan minyak tapi kalau nak lagi senang dan sedap apa kata anda klik je sini sebab beli satu pasta dapat free satu. Hanya di Superdeals! 

 

 

 

Sumber : wanista 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna