Jangan Main Beli Je! Tip Buat Kaum Ibu, Pilih Mainan Bayi Usia Dua Bulan

Mainan untuk si kecil bukan semata-mata berfungsi menghiburkan mereka malah ia mampu bertindak sebagai rangsangan terhadap pancaindera terutamanya penglihatan dan pendengaran yang boleh didapati pada warna dan bunyi yang dihasilkan.

Pemilihan mainan sesuai dengan usia dapat menyempurnakan gerakan mereka sekali gus merangsang perkembangan. Ini kerana mainan bagi bayi dua bulan akan memberi perubahan terhadap apa yang berlaku di sekitaranya. Jadi penting sebagai ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan mainan tersebut selamat dan tidak bahaya.

Image result for mainan bayi digantung

Sumber: alvaro

Mainan Yang Digantung

Untuk menarik perhatian si manja, mainan yang tergantung dengan mempunyai warna warni terang mampu membuatkan fokus mereka tertumpu dan secara tidak langsung merangsang penglihatan bayi anda. Pastikan mainan tersebut sudah diikat dan digantung dengan rapi supaya tidak jatuh terkena menimpa bayi anda.

Kotak Muzik

Muzik bukan sahaja dapat menghiburkan mereka, malah ia akan dapat menenangkan bayi anda dalam keadaan tertentu. Tetapi elakkan untuk beri mereka dengar muzik terlalu dekat dan kuat, mainkan muzik yang mampu merangsang pendengaran mereka.

Image result for mainan patung lembut bayi

Sumber: siraplimau

Patung Lembut

Pada usia dua bulan, mata adalah rangsangan yang paling utama kerana mereka sering memainkan peranan eyes contact untuk berbicara. Kemampuan untuk mengenali orang di sekitarnya sangat membantu anda untuk ajak si kecil berbicara.

Buku Lembut Yang Mempunyai Kontras Tinggi

Flash card atau buku lembut yang mempunyai warna dan tulisan yang berkontras tinggi membuatkan bayi anda untuk melatih emosinya agar tidak mudah menangis sekali gus mampu memberi senyuman.

Jadi dengan tip ini, Donna harap agar ibu bapa di luar sana dapat menitikberatkan keselamatan dan kesesuaian mainan anak terutama yang masih kecil.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Salah Pakai Produk Kecantikan, Boleh Bahayakan Bayi Dalam Perut

 

 

 

 

Sumber: bidanku

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna