Jangan Main Bedal Je! Ini Sebab Makanan Segera Sangat Bahaya Untuk Kesihatan

Tahu tak mengapa masyarakat Malaysia gemar makan makanan ringan? Haa antara dua faktor utama adalah cepat dan menjimatkan masa. Memang tak dapat dinafikan zaman sekarang ni segalanya bergerak dengan pantas dan bagi golongan yang bekerja pasti menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan hidangan sendiri.

So the easiest way, pergi kedai makanan segera yang dibuka 24 jam dan beli! Kalau dulu-dulu mungkin hanya mi segera yang menjadi pilihan tapi kini terdapat ribuan jenama yang mengeluarkan makanan segera bila tengok iklan je dah mula terliur. Ada di antara anda yang memandang enteng terhadap perkara ni, tetapi penting untuk anda tahu bahawa makanan segera mempunyai kandungan zat tidak seimbang kerana kebanyakannya mengandungi serbuk perisa monosodium glutimate yang membahayakan kesihatan.

Image result for eat fast food

Sumber: healthline

 

Kesan Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan

Obesiti 

  • “Jom makan burger harini” Inilah punca utama mengapa rata-rata rakyat Malaysia mengalami obesiti dengan mudah. Tak percaya? Anda perlu tahu bahawa sebiji burger mengandungi 35 peratus lemak. Tidak termasuk jika anda makan hidangan set yang lain seperti aiskrim, kentang goreng dan sebagainya.
  • Hati-hati jangan tertipu kerana makanan segera ni memang lazat tapi adakah anda sanggup menderita di hari tua nanti?

Badan Menjadi Lemah 

  • Dalam perisa tambahan sering kali diletakkan bahan kimia kerana itu jika anda makan makanan segera secara berlebihan ia akan memberi kesan kepada ketahanan badan anda.

Diabetes 

  • Anda tahu apa maksud sebenar penyakit diabetes? Ia dikenali sebagai penyakit kencing manis di mana individu sering mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti air berkarbonat dan air manis.

Kolesterol Meningkat Secara Mendadak

  • Ramai  yang menganggap orang gemuk sahaja yang boleh mengalami kolesterol tinggi namun hakikatnya tidak. Sesiapa sahaja yang mengambil makanan segera secara kerap akan mudah menyebabkan kolesterol masuk ke dalam badan. Ini kerana setiap jenis makanan ringan mempunyai kandungan lemak karbohidrat yang tinggi.

Related image

Sumber: sgopenrice

Contoh Senarai Makanan Yang Tidak Elok

  • Kentang goreng – terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
  • Burger daging – kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
  • Makanan ringan(jajan) – mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
  • Air berkarbonat – kandungan gula yang sangat tinggi

Haa takut tak bila dah baca kesan-kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan? Jadi lepas ni nak makan tu berpada-pada lah ye! Boleh klik sini untuk lihat banyak pilihan makanan sihat terbaik untuk anda.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik di sini :

78 Peratus Wanita Tidak Menjaga Kesihatan Bila Terlampau Utamakan Keluarga

Katakan Tidak Pada Kentang Goreng, Ini Resipi Kentang Yang Sihat

 

 

 

Sumber: soriya

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna