Jangan Lepas Peluang Untuk Saksi ‘Super Flower Moon’ 7 Mei 2020!

Fenomena alam yang berlaku di dunia ini akan sentiasa membuat manusia terpaku apabila menyaksikan keindahannya. Buat anda yang semestinya digalakkan untuk kekal di rumah bolehlah melihat keindahan bulan yang dinamakan Super Flower Moon ini!

Pada April yang lalu dah pun berlaku satu fenomena supermoon yang dinamakan Super Pink Moon. Ianya terjadi pada 8 April dan mungkin sebahagian daripada anda tidak mengetahuinya.

Ianya dinamakan Super Pink Moon adalah disebabkan ianya bersempena dengan musim bunga dan sama seperti Super Flower Moon, ianya juga bersempena dengan musim bunga. Super Pink Moon yang berlaku pada April lalu dapat dilihat saiz bulan yang menjadi 14% lebih besar daripada normal dan 30% lebih terang daripada biasa. Amazing isn’t?

via GIPHY

Tapi anda jangan merasa rugi kerana terlepas dengan keindahan bulan tersebut kerana pada 7 Mei ini akan berlakunya Super Flower Moon!

Supermoon kali ini adalah supermoon yang ke empat pada tahun ini dan merupakan yang terakhir pada tahun ini. Jadi jangan terlepas tarikh 7 Mei 2020 ini kerana anda mungkin tidak akan dapat melihat supermoon lagi! Bila lagi nak saksikan fenomena indah sebegini?

via GIPHY

Untuk kita yang berada di Malaysia,waktu yang paling sesuai untuk melihat fenomena supermoon adalah pada jam 7.18 P.M. So guys, dalam berbuka nanti anda semua cubalah untuk menjengah keluar tingkap sebentar untuk melihat keindahan fenomena Super Flower Moon ini alright?

Warna bulan yang anda akan nampak tidaklah seperti warna putih yang biasa anda nampak. Tetapi ianya berwarna kuning hingga ke jingga gelap dan ianya lebih besar daripada bulan yang biasa anda tengok. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Next supermoon, adalah pada 27 April 2021, jadi rugi kalau anda tak mendongak ke langit pada khamis ini dan melihat bulan yang besar dan luarbiasa!

Sumber:LobakMerah

Baca:

Tip Bersahur Kenyang Sepanjang Hari Oleh Kevin Zahri

Kisah Dongeng Seram ‘Kapten John’ Muncul Tanpa Kepala Di…

Tangisan Cik Ponti Tengah Malam Ganggu ‘Roadblock’ Polis

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Lobakmerah.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna