Jangan Leka! Ini SOP Raya Aidiladha COVID-19

Siaran media dari Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini adalah perkara yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia sejak semalam lagi.

Maklumlah, ada yang sudah merancang cuti panjang untuk menyambut hari perayaan Aidiladha bersama keluarga di kampung. Kalau PKP dilaksanakan lagi, habislah! Semua benda jadi tergendala.

via GIPHY

 SOP Aidiladha…

Tapi, apa yang diberitahu Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media tadi adalah Standard Operating Procedures (SOP) yang akan dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha.

Jom kita lihat SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sewaktu Hari Raya Aidiadha pada Jumaat ini.

  1. Tidak boleh lebih dari 10 ekor haiwan yang dikorban di mana-mana masjid atau surau. Bagaimanapun, kerajaan amat menggalakkan proses penyembelihan dijalankan di pusat penyembelihan di jabatan veterinar.
  2. Sewaktu ibadah korban dijalankan, hanya seramai 20 orang setiap ekor termasuklah, tukang sembelih, tukang mengedar daging dan tukang melapah daging korban.
  3. Selepas proses penyembelihan dilakukan, tiada kenduri-kendara dilakukan. Maknanya, kesemua hidangan sajian hanya dibenarkan untuk membungkus saja.
  4. Waktu ibadah korban dibolehkan untuk dijalankan selama empat hari tapi disebabkan pada tahun ini raya korban jatuh pada hari jumaat jadi digalakkan untuk melakukan korban pada hari kedua ketiga dan keempat.
  5. Untuk aktiviti jamuan atau kenduri di rumah, tetamu tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa.
  6. Bagi individu menajalani kuanrantin di rumah sepanjang dua minggu, mereka tidak boleh keluar rumah ke mana-mana walaupun menerima tetamu apatah lagi menunaikan solat sunat aidiadha di luar.

Untuk memastikan keadaan terkawal sewaktu proses penyembelihan dijalankan, pihak polis akan berada di  kawasan yang menjalani proses penyembelihan bagi memantau dengan ketat supaya kesemua SOP dipatuhi.

Patuhlah SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan dari terkena denda atau direman pada hari raya kelak. Mudah saja, hanya memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nak Daging Korban Tahan Lama, Ketahui Cara Simpan Dengan Betul

Hampir Bebas COVID-19, Tapi Muncul 3 Kluster Baru Pula

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetroblogspot

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna