Jangan Kecil Hati Kalau Suami Terlupa Benda Penting, Otak Lelaki Memang…

Siapa yang tak sentap tengok suami kita asyik lupa sahaja. Semua benda nak kena ingatkan. Itu belum lagi yang kadangkala terlupa bila tarikh penting seperti tarikh ulang tahun perkahwinan kita. Tarikh siaran perlawanan bola, boleh pula dia ingat.

Walaupun seorang perempuan mempunyai umur sebaya dengan seorang lelaki., namun usia otak perempuan sebenarnya lebih muda.

Itulah hasil kajian dari sebuah jurnal yang diterbitkan Proceedings of the National Academy if Sciences, Amerika Syarikat.

BACA: Jangan Lupa Bawa ; Bila Memandu Seorang Diri

via GIPHY

Dalam kajian tersebut, pengkaji telah mengumpulkan 205 orang dewasa berusia 20-82 tahun dengan kemampuan kognitif yang normal.

“Hasil kajian kami menunjukkan otak perempuan sedikit lebih muda daripada umur yang sebenar,” ucap Manu S Goyal yang merupakan ketua penyelidik dari Universiti Washington.

Rupanya jenis jantina pun mempengaruhi usia otak dan kecenderungan terkena penyakit seperti Neurodegeneratif dan Alzheimer.

BACA: Sibuk ; Raya? Jangan Lupa Rebut 10 Malam Terakhir Ramadan

Sumber: https://www.nia.nih.gov/

Seiring bertambahnya usia, metabolisme otak juga akan menurun. Jadi, kemampuan otak kita memecahkan glukosa semakin berkurang. Jadi, tidak hairanlah jika otak lelaki yang lebih tua lebih cenderung untuk terkena penyakit tua.

Tapi marahlah juga kalau semua benda nak kena ingatkan. Kaum lelaki pun kenalah ambil inisiatif nak ingat benda penting. Kalau dah tahu asyik lupa tarikh ulangtahun isteri, apa salahnya buat reminder dekat dalam telefon. Usaha kan penting. Maka lepas ini, dah tak ada alasan untuk lupa hari istimewa bersama-sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna