Jangan Kalut Bulan Ramadan Ni! Resepi Sahur Ini Boleh Selamatkan Anda

Eh, dah masuk bulan Ramadan? Ha, mesti tengah fikir nak masak apa sahur nanti kan..”

Kebanyakkan suri rumah atau para isteri pasti sudah tergaru-garu kepala memikirkan apakah menu yang perlu disediakan untuk anak-anak dan suami bersahur selama sebulan. Ya, bukan tugas yang mudah kerana anda perlu bangkit awal pagi untuk persiapan memasak dalam masa yang sama ingin memastikan mereka tidak terlepas waktu bersahur.

Pemilihan menu makanan yang betul juga penting agar anda sekeluarga dapat berpuasa dengan baik sepanjang hari. Menu yang disediakan juga perlu menarik agar anak dan suami bersemangat nak bangun sahur. Wah githew!

Jangan kalut dulu, Donna dah selesaikan masalah anda dengan perkongsian resepi nasi goreng lada hitam paling mudah untuk disediakan untuk seisi keluarga. Sambil pejam mata pun boleh siap tau. Hiks!

 

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan

3 Sudu besar minyak masak

2 Sudu besar Eldina Black Pepper Luncheon Meat, dipotong dadu

1/2 Sudu kecil bawang putih

2 Biji putih telur

2 Batang kacang panjang

1/2 Sudu kecil CSR Brown Sugar

1 Sudu besar kicap MH Mohd

2 Sudu besar  Nang Ori Lada Hitam

3 Mangkuk nasi putih

 

Cara penyediaan

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau. Gunakan minyak yang sama, masukkan putih telur dan hancurkan. Tambah daging yang telah dipotong dadu, kacang panjang dan kacau sehingga rata. Masukkan nasi dan bahan penambah rasa yang lain. Taburkan lada hitam mengikut citarasa. Siap untuk dihidangkan. Sebagai penambah rasa anda boleh letakkan kicap untuk menyedapkan lagi nasi goreng.

Menarik tak menu di atas? Apa yang penting kesemuanya mudah untuk disediakan terutama pada waktu sahur. Dah boleh prepare bahan-bahan simpan dalam peti sejuk ni. Nak mudahkan lagi kerja, beli je di pasaraya Giant berdekatan anda. Semua bahan-bahan ni ada di sana. Selamat bersahur, eh, selamat memasak!

 

Klik di bawah ini untuk resepi sahur yang lain:

Smoothie Strawberi & Pisang

Pankek Kurma

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna