Jangan Jijik! Ambil Tahu Warna Najis Bayi

Menanti kelahiran cahaya mata memang begitu mengujakan.”

Tidak kisah jika itu merupakan cahaya mata pertama atau ke berapa sekali pun jangan sekadar buat persedian membeli lampin sahaja. Tetapi perlu tahu dan kenal pasti juga warna najis bayi yang akan dilahirkan kelak agar anda dan pasangan tidak kaget.

Eeuww, apa cerita pasal najis ni? Jijiklah! Jangan risau, jika itu adalah najis bayi anda, secara automatik perasaan geli itu hilang. Anak dan darah daging sendiri kan?

via GIPHY

Jangan terkejut melihat najis pertama bayi anda kerana ia berlainan. Najis pertama bayi mengandungi meconium, sejenis komponen yang mengandungi air ketuban, mukus, sel kulit dan beberapa bahan yang ada dalam rahim ibu. Najis ini tidak berbau busuk hinggakan ibu tidak sedar sudah tiba masanya menyalin lampin.

Warna Najis Bayi

Sumber Foto: thebump

  • Hijau Kehitaman – Apabila bayi baru lahir, najis mereka dikenali sebagai meconium. Najis ini mengandungi semua benda yang ditelan bayi di dalam plasenta  ibu sebelum dilahirkan. Teksturnya sangat melekit. Jika bayi tidak mengeluarkan najis ini dalam masa 48 jam selepas dilahirkan, anda perlu rujuk kepada doktor.
  • Kuning Coklat – Dalam masa seminggu selepas dilahirkan, bayi yang menyusu badan biasanya akan membuang air besar sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.  Ketika ini, teksturnya lembut dan sedikit berbiji. Selepas seminggu, mungkin corak kekerapannya membuang air besar akan berubah.
  • Perang – Bayi yang diberi susu formula akan mendapat najis yang berwarna sedikit gelap atau perang (kadangkala berwarna hijau kekuningan) berbanding bayi yang menyusu badan. Ia selalunya diiringi dengan bau yang agak kuat berbanding bayi menyusu.
  • Hijau Gelap – Ramai ibu yang berasa pelik dan mungkin sedikit panik apabila najis bayi mereka berwarna hijau. Biasanya, warna hijau ini disebabkan oleh sumber zat besi dalam dietnya. Seperti dalam buah-buahan yang dimakan atau diminum sebagai jus menyebabkan ia berubah ke warna ini.
  • Merah Darah – Warna merah pada najis bayi mungkin saja disebabkan oleh beberapa makanan seperti ubi keledek yang dilenyek, buah naga, atau apa saja makanan yang mengandungi pewarna. Dalam kes yang biasa, sedikit tompokan atau celetan darah yang kelihatan pada najis biasanya adalah tanda-tanda bayi sembelit. Sekiranya darah kelihatan banyak, terus rujuk ke hospital.
  • Putih Kapur – Warna putih menandakan bayi anda kekurangan bilirubilin. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada masalah pada pundi hempedu dan hati.
  • Hitam Gelap – Najis berwarna hitam ini hanyalah normal bagi bayi yang baru lahir. Sekiranya ia berterusan atau berlaku selepas 3 hari dilahirkan, segeralah rujuk kepada doktor.

Ketahuilah najis bayi tidak sama dengan najis orang dewasa. Kekerapan dan konsistensi najis juga berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain.

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna