Jangan Jadikan Status Dah Berkahwin Satu Tiket Boleh ‘Ringan-Ringan’ Depan Umum

Aku punya akaun suka hati aku la nak post apa. Kenapa sibuk sangat?”

Sebelum ini pernah kecoh beberapa selebriti Malaysia mempamerkan kemesraan bercumbuan dengan pasangan di akaun media sosial mereka. Kononnya, tanda bahagia tapi anda perlu ingat, walaupun sudah mengikat tali ikatan yang sah tapi bukan bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menunjuk segalanya di media sosial. Ada batasnya!

Mungkin ada di antara pembaca kami sudah mengetahui adab suami isteri bila depan orang atau keluarga tapi sayangnya masih ada lagi segelintir melakukan perbuatan bermesra keterlaluan luar dari norma di depan umum. Erti kata lain, budaya barat. Apa yang buat kami terkejut, pasangan tersebut dari orang melayu yang bergama Islam.

Penerangan dari Mufti Kelantan

Isu ini sebenarnya telah dijelaskan dengan terang oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pada beberapa tahun lepas masa tengah naik trend bercumbuan di media sosial. Katanya, dalam Islam ada adab dan garis panduan pada setiap tindakan, perbuatan dan percakapan kita begitu juga dengan hubungan. Walaupun mereka suami isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan dan menghormati orang sekeliling.

“Dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam jika mahu menunjukkan kasih sayang.  Jika ingin bercium, pastikan berada di tempat privasi dan tidak perlu dipertontonkan kepada umum,”

Itulah, lain kali sebelum mendirikan rumahtangga, sebaiknya penuhkan ilmu di dada dengan orang yang beragama dan berilmu dulu. Sekurang-kurangnya kita tahu adab bermesra suami isteri deapan orang.

Anda perlu ingat, ada baik buruk berkongsi soal kehidupan kita di medium media. Tak salah nak berkongsi tapi berpada-pada bila membuat perkongsian soal hidup dengan orang ramai.

Kita tak boleh jangka hati dan mulut manusia. Takut kalau kita tunjuk sangat rasa bahagia kita, orang akan kenakan sihir pada kita sebab wujud sifat hasad dengki. Maklumlah, hati manusia ni lain-lain. Jadi lebih baik berjaga-jaga ya.

 

 

 

 

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai berikut:

5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan ,

Inginkan Majlis Sederhana, Fasha Sandha Pentingkan Kehidupan Selepas Berkahwin

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna