Jangan Jadikan Saiz Badan Alasan Untuk Tidak Berfesyen, Tengok Gaya Sherry Al Hadad

Badan besar ni, payahlah nak berfesyen,”

Ramai orang beranggapan bila badan bersaiz gempal akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk berfesyen. Sebenarnya tak pun. Tak kiralah saiz badan besar ke, kecil ke, kurus ke, tinggi ke kalau saiz baju ngam dengan bentuk badan, ha kira okay lah tu.

Malangnya, ramai yang menjadikan saiz badan sebagai alasan untuk gagal kelihatan cantik. Kadang-kala tu, bukan faktor saiz badan gempal pun tapi disebabkan kurang keyakinan. Kena ingat tau, kalau nak kelihatan cantik kena ada confident level yang tinggi. Tak boleh takut untuk mencuba benda baru.

Tak perlu nak ambil artis Hollywood, cukup kita jadikan pengacara hebat Sherry Alhadad sebagai rujukan dan idola. Tengoklah kesemua fesyen yang dia bawa sepanjang 2019 ni. Tak kira yang casual, simple, vogue, versatile atau santai semuanya mesti ngam dengan saiz badan dia.

Cantik kan? Semua pattern baju boleh Sherry gayakan dengan penuh yakin. Dress, skirt, baju kurung, kemeja cuma bagi yang berhijab mungkin anda perlu tahu dan pandai menggayakan tudung yang up-to-date serta tahu mix and match warna tudung dan pakaian.

Bila berfesyen ni tak semestinya tubuh badan yang ramping baru boleh kelihatan cantik. Asalkan anda tahu cara mix and match warna dan berani menggayakan, itu sudah cukup buat penampilan anda cukup menyerlah.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Sherry Alhadad Ajuk Panggilan Aafiyah Di Pentas AJL33 , Fesyen Minimalis Untuk Hujung Minggu

 

 

 

 

Sumber: ig sherryalhadad

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna