Jangan Jadikan Alasan Hari Cuti Untuk Bangun Lewat

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih susah untuk bangun pagi disebabkan rutin kebiasaan bangun lewat jadi agak sukar untuk berubah. Kalau nak tahu, waktu subuh sekitar 5.30 pagi merupakan waktu paling efektif untuk bangun setelah berehat dan tidur sepanjang malam. Ianya adalah waktu yang terbaik untuk minda dan tenaga berfungsi. Orang-orang tua selalu sebut ‘bangun awal pagi rezeki mudah masuk’. Ya, kenyataan itu tidak boleh disangkal, anda dituntut untuk bangun pagi kerana ketika itulah rezeki kita bermula. Satu kajian semasa turut menyokong kebaikan bangun awal pagi.

Sumber Foto: goalcast.com

Individu yang suka bangun awal secara amnya terbukti lebih sihat, lebih bahagia dan lebih proaktif. Bangun pagi sangat bagus untuk melancarkan peredaran darah. Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Ramai daripada kalangan tokoh cemerlang dan berjaya masa kini yang mengamalkan budaya bangun awal dan memulakan aktiviti mereka pada awal pagi. Wanita juga adalah golongan yang sering bangun awal pagi berbanding lelaki. Anda boleh lihat tahap kecergasan ramai wanita seharian bermula dari pagi hari hingga ke malam. Mereka boleh melakukan banyak perkara dan tidak mengeluh. Tetapi adakalanya menjadi tekanan juga buat mereka kerana terlampau penat.

 

TIP MUDAH BANGUN AWAL PAGI

Namun, untuk anda yang agak susah bangun awal pagi, cuba ikuti rutin ini selama beberapa hari, pasti hari seterusnya anda akan terbiasa mengikut amalan ini.

via GIPHY

  • Niat– Setiap apa yang dilakukan, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.  Tetapkan sahaja jam berapa anda mahu bangun tidur. Percayalah ia akan dipermudah dan anda akan terjaga tepat pada masanya.  Tak percaya? Cubalah sekarang.

via GIPHY

 

  • Jadual– Pastikan anda ada jadual harian secara minggu atau bulanan. Ini membantu anda merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus segera. Dahulukan perkara keperluan kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu banyak perkara. Pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dan yang tidak penting dan tidak perlu segera letakkan di senarai bawah.
  • Kunci Jam Untuk Satu Tempoh Sahaja – Ramai yang membuat tetapan jam di telefon bimbit untuk bangun tidur dengan sangat banyak. Selang setengah jam, selang minit dan ada juga yang selang beberapa saat sahaja. Tolong jangan buat begini ya! Ada kajian yang menyatakan hanya 1 tetapan masa sahaja diperlukan untuk membantu anda bangun tidur dengan tepat.
  • Persediaan Awal – Sediakan kelengkapan untuk hari berikutnya dengan awal. Seperti beg kerja, beg sekolah anak atau bekas untuk bekalan suami. Maka anda boleh bangun dari tidur dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Anda pasti akan suka situasi tersebut.
  • Stabilkan Isi Perut – Pastikan anda tidak tidur dalam keadaan lapar atau kenyang. Ini akan menyebabkan anda susah untuk tidur sekaligus menganggu sistem perut anda.

via GIPHY

  • Tidur Awal – Secara logiknya, jika kita tidur awal maka kita akan bangun awal. Dan jika kita tidur lewat sudah pasti akan bangun lewat. Oleh itu cuba tidur malam seawal yang boleh jika tiada apa yang ingin dilakukan. Ini akan memudahkan kita mendapat rehat yang cukup setelah seharian penat bekerja dan sebagainya.
  • Rancang Aktiviti Seronok – Rancang dengan pasangan untuk mencari pelbagai aktiviti yang menarik setiap pagi hari. Antaranya bangun awal untuk melakukan aktiviti bersenam di taman terlebih dahulu sebelum memulakan kerja atau bangun awal untuk menunggu matahari terbit di tepi pantai.
  • Tanggungjawab – Jika anda seorang muslim, menjadi kewajipan anda untuk bangun awal menunaikan solat. Jadi tiada alasan menyebabkan anda bangun lewat ya!

 

Sumber: goalcast.com manfaat.co.id

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna