Jangan Ingat Tak Boleh Kena! Hubungan Sejenis Turut Menyumbang Kepada Penyakit HIV

Memang cukup membimbangkan apabila kita berbicara tentang penyakit HIV dan AIDS kerana pada masa kini ramai memandang enteng dengan tidak menitikberatkan situasi kesihatan tidak menentu tanpa menjalani ujian darah secara berkala. Mungkin ada yang menganggap ianya sebuah bentuk diskriminasi tetapi anda perlu tahu bahawa pengamal seks bebas, penagih dadah atau pelacur tidak seharusnya menderma darah kerana kemungkinan mereka sudah dicemari virus HIV tanpa mereka ketahui.

Lebih merisaukan sudah ramai terjebak dalam dunia hubungan sejenis kerana ramai yang menganggap ianya kelihatan seronok dan ada juga menerima wang hasil daripada pekerjaan yang mampu membuatkan mereka ‘lalai’ dalam dunia hitam yang mereka sendiri cipta. Generasi muda pada hari ini perlu diberi perhatian kerana kerana mereka adalah kumpulan yang mudah terpengaruh dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru sehingga ada terjerumus dalam aktiviti ‘MSM’ ( men sex men ). 

Image result for hubungan sejenis"

Sumber: lifestyle

Hubungan Sejenis Meningkat 37 Peratus Berbanding Aktiviti Hetereoseksual

Sebagai ibu bapa, anda perlu peka setiap tindakan anak-anak dan perlu tahu bahawa hubungan seksual di antara lelaki yang melakukan hubungan sejenis berlaku sebanyak 37 peratus berbanding daripada aktiviti hetereoseksual iaitu bersetubuh berlainan jantina. Walaupun ramai yang sudah tahu, penyakit ini tiada penawar namun kesedaran dan sikap bertanggunjawab masih kurang pada setiap individu.

Seorang lelaki atau lebih dikenali sebagai Iriz telah berkongsi pengalaman pahitnya apabila dia tidak pernah terlintas dirinya akan dijangkiti penyakit HIV apabila pada mula berniat untuk mengumpul wang tetapi lalai setelah digoda dengan kemewahan yang diberikan oleh pasangan. Bunyi seperti tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang berlaku pada zaman kini sehingga hubungan sejenis menjadi perkara biasa buat mereka.

Image result for penyakit hiv"

Sumber: hipwee

Sering Demam Dan Sakit Kepala Punca Awal HIV

Kerap demam berminggu-minggu dan sakit kepala merupakan punca awal seseorang itu cenderung untuk mendapat penyakit ini dan lelaki tersebut pernah koma selama sebulan kerana jangkitan kuman di kepala sebelum menjalani pembedahan. Dia turut akur dan bersedia sebarang kemungkinan di atas perbuatannya yang dulu.

Diharap perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran buat masyarakat di luar sana, agar tidak mudah terjebak dengan perbuatan haram dan sentiasa menitikberatkan kesihatan diri dan keluarga.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Telan Air Liur Dibuatnya! Jom Belajar Resepi Eina Azman, Paru Goreng Berlada Pedas Kaw-Kaw

 

 

 

Sumber: bharian 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna