Jangan Ingat Beraya Dekat Bandar Tak Boleh Meriah!

Raya kali ni tak balik kampung la. Mesti tak meriah…”

Bila tak balik kampung masa hari raya, mulalah semangat nak raya dah kurang. Lebih sedih lagi bila kedua ibu bapa kita sudah di jemput ilahi atau kena kerja waktu hari raya. Bukan apa, hari perayaan besar-besaran ni je lah peluang yang ada untuk berkumpul bersama keluarga dan adik-beradik yang lain. Beza tau suasana berkumpul waktu raya dengan berkumpul waktu hari biasa.

BACA: Trend Baju Batik, Jom Tampil Berbeza Di Hari Raya

Tapi, janganlah rasa sedih bila kena beraya dekat bandar sebab, kami akan kongsikan dengan anda cara untuk menghidupkan suasana hari raya yang meriah walaupun tak pulang ke kampung. Ha.. Yang beraya kat bandar tu mesti dah tak sabar nak tahu kan? Jom baca idea kami ni.

Siapa lagi raya dekat bandar?

Tanya jiran, rakan, adik-beradik atau saudara terdekat yang lain sama ada mereka pulang ke kampung atau tidak. Jika tidak, ajak mereka datang ke rumah untuk beraya bersama-sama anda. Tak pun, pergi ke rumah mereka untuk beraya sekali. Percayalah, dalam 10 kawan-kawan anda mesti ada sorang dua yang kampung mereka di bandar je.

via GIPHY

Jauhkan diri dari media sosial

Bila dah beraya dekat bandar tu, janganlah tangan tu melekat je dengan telefon. Fokus pada insan yang berada depan mata. Hargai mereka yang sanggup luangkan hari raya bersama anda. Waktu inilah nak bergaul dan memeriahkan suasana hari raya dengan bertukar cerita dan gelak-tawa.

Pasang lampu kelip-kelip atau lagu raya

Pasang lampu pelita, lampu kelip-kelip atau lagu raya adalah tradisi sejak dari nenek moyang kita bila tiba hari raya. Kita yang beraya dekat bandar ni, daripada bersedih tak dapat beraya dengan keluarga lebih baik hidupkan suasana raya. Lagipun, apa guna teknologi? Hubungi mereka melalui video call, Skype atau Facetime!

Pergi rumah terbuka di Istana Negara

Sudah menjadi tradisi apabila hari raya pertama, Istana Negara akan mengadakan rumah terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia. Ha.. Kalau dah susah sangat semua rakan, saudara, jiran pulang ke kampung. Apa susah? Lepas solat raya, pergi rumah terbuka di Istana Negara. Di sana anda boleh rasa kemeriahan hari raya.

via GIPHY

Ajak berkumpul di rumah

Cara terakhir untuk hidupkan suasana hari raya bila di bandar adalah ajak ibu bapa, adik-adik beradik dan saudara yang lain untuk berkumpul di rumah anda. Buat sedikit kelainan pada raya kali ini. Tak semestinya, dekat kampung je boleh berkumpul berama-ramaikan?

Walau di mana pun kita sambut hari raya, kita kena bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk merasa perayaan kali ini. Nikmatilah setiap saat. Selamat hari raya!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna