Jangan Ingat Bakteria Tak Boleh Lekat Pada Telefon, Ini Cara Efektif Cuci Aksesori

Kalau sebelum ni kita selalu beri kesedaran kepada orang ramai apa tindakan yang perlu diambil sejurus pulang membeli barang seperti terus mandi, buang face mask di tempat yang betul dan sebagainya, kali ini kesedaran yang akan kami sampaikan mungkin akan buat anda tersentak. Maklumlah, sekarang ni penularan wabak berbahaya sedang aktif sampaikan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lebih dari sebulan bagi memastikan rantaian COVID-19 ini putus.

Hakikatnya, tak semudah ABC kerana memerlukan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia. Cuma apa yang nak disampaikan kali ini adalah cara cuci barangan aksesori.

Sumber: unsplash

Bakteria ada di mana-mana!

Cuba bayangkan sewaktu berada di pasar raya, anda pegang barang belian, troli, bakul dan dengan tak sanitize tangan anda terus pegang kunci kereta dan telefon. Agak-agak bakteria melekat tak dekat aksesori tu?

Of course melekat, jangan kata tak melekat sebab bakteria ada di mana-mana dan kita tak mampu melihat dengan mata kasar. Jadi, sia-sia lah usaha anda cuci barangan belian dan pakai mask sedangkan telefon, kunci, bag, cermin mata masih ada bakteria.

Cara cuci aksesori…

Apa yang perlu kita lakukan adalah cuci aksesori kita tapi bukan bermaksud kena cuci guna air. Habislah rosak telefon tu cik kak oiJom kita lihat penerangan ringkas dari Prof Ivan Hung dari HKU Fakulti Medikal.

  1. Tas tangan, cuci menggunakan tisu basah.
  2. Cermin mata, cuci menggunakan air dan sabun.
  3. Telefon, cuci menggunakan tisu dan hand sanitizer.

Nampak mudah ye tapi kami yakin, jika tak selalu buat confirm ada yang lupa. Jadikan ini sebagai amalan agar kita terhindar daripada virus jahat.

Cuma nak lebih mudah, apa-apa barang yang dibawa keluar, harus dilap menggunakan tisu basah dan hand sanitizer okay?

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suka Sangat Main Telefon, Si Ibu Ini Bagi Pengajaran Pada Anaknya

Jangan Keliru Antara Speaker Bluetooth & WIFI

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna