Jangan Ingat Anda Tak Boleh Mengalaminya, Ketahui Simptom Serangan Jantung

“Menjelang 2040, dianggarkan populasi rakyat Malaysia dengan umur 65 tahun ke atas akan melebihi 6 juta, iaitu 14.5 peratus daripada populasi. Ini bermakna beban penyakit jantung koronari dijangka akan berlipat ganda dalam masa terdekat,”

Itulah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika berucap merasmikan Pusat Perkhidmatan Penjagaan Jantung Hospital Tung Shin awal tahun lalu. Malah, merujuk kepada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2017, rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung pada usia 58 tahun berbanding rakyat Thailand (65 tahun), China (63 tahun), beberapa negara Barat (66 tahun) dan Kanada (68 tahun).

Nampaknya, rakyat Malaysia lebih awal mengalami penyakit serangan jantung dan menurut sebuah portal akhbar  Berita Harian penyakit ini kekal sebagai penyebab utama kematian. Jika dilihat pada laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia yang dikeluarkan pada 30 Oktober 2019 lalu, kematian disebabkan penyakit jantung iskemik meningkat sebanyak 35.3 peratus berbanding 13,503 kematian pada 2017.

Sumber: unsplash

Bila tengok statik dan laporan oleh pihak kementerian, tak mustahil jika kita pun bakal diserang penyakit jantung.  Ingat, jantung adalah organ utama pada badan, sekali ia berhenti berdegupseluruh badan terus berhenti berfungsi jadi pola penjagaan yang rapi sangat diperlukan bagi memastikan setiap daripada kita tidak menghidap masalah jantung.

Untuk mengetahui tanda-tanda awal bakal memghidapi penyakit jantung, jom semak senarai di bawah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai. Jika anda mengalami antara 11 simptom berikut, sila lakukan pemeriksaan di hospital.

  1. Kerap kencing malam
  2. Kebas
  3. Berdebar-debar
  4. Berasa sejuk walaupun persekitaran panas
  5. Penglihatan kabur
  6. Haus
  7. Sesak nafas
  8. Berpeluh dan dingin
  9. Pening kepala dan berasa loya
  10. Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam
  11. Sakit dada yang menekan-nekan bermula daripada tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.

via GIPHY

Mahu atau tidak, kita kena amalkan gaya hidup sihat, membuat pemeriksaan awal, elakkan dari tindakan yang boleh mengundang daripada kerosakkanh jantung. Kita berusaha, InsyaAllah akan terhindar daripada penyakit yang berbahaya.

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: 4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan , Bakar Lebih Kalori Dengan Aksi Erotik Ini

 

 

 

 

 

Sumber: SHtwitter KKM

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna