Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

Salah satu jangkitan yang sering terkena pada bayi pada usia mereka seawal 4 minggu adalah Thrush Oral atau kulat susu yang dijumpai di bahagian dinding pipi, lidah, gusi atau lelangit bayi. Mungkin bukan simptom kulat susu je, pasti ada jangkitan lain bila mereka mula membesar tapi itu perkara biasa.

Jangan risau, ia sebenarnya membantu meningkatkan sistem imun badan mereka. Cuma sayangnya, ramai ibu bapa yang tak tahu cara betul menghilangkan kulat susu ni sampaikan ada yang menggunakan petua yang merepek. Misalnya, buang kulat susu menggunakan air kencing bayi tu sendiri. Euw!

Sumber: twitter

Penerangan doktor…

Dari masalah ni, kita boleh lihat tak ramai para ibu tahu bagaimana cara yang betul untuk hilangkan Thrush Oral atau lebih dikenali kulat susu. Apa pun, jom baca penerangan seorang yang pakar dalam hal ini.

Menurut seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, untuk mengenal pasti sama ada ia adalah kulat atau lebihan susu, cuba lap dengan kain bersih bahagian putih-putih tersebut. Kalau hilang tompokan putih, itu sebenarnya bukan kulat tapi hanyalah lebihan susu.

Sumber: babyinfo

“Kalau dah cuba lap bahagian tompokan tersebut tapi ia tetap tak hilang. Ya, itu adalah kulat dan ia tak berbahaya kerana dia akan hilang dengan sendiri tapi kalau sehingga menyebabkan bayi sukar atau tak nak menyusu, para ibu diminta bawa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan,”

Dr Izzat menambah lagi menerusi tweet di akaun twitter miliknya, selepas pemeriksaan mungkin doktor akan beri ubat antikulat untuk sapu di bahagian mulut untuk mengelakkan daripada dijangkiti bahagian puting ibu pula.

“Jika puting si ibu sudah mulai merah, berdarah, bengkak atau sakit. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan. Bukan ikut petua yang merepek,”

Caknalah dengan kesihatan anak dan diri. Mungkin ada sesetengah perkara boleh ikut petua orang tua tapi ada sesetengah tak perlu. Sebagai seorang ibu kita perlu kembangkan pengetahuan untuk mengetahui dan mengenal pasti sama ada sesuai atau tidak untuk guna petua.

Jika petua yang merepek, cuba elakkan dan rajin bertanya dengan mereka yang lebih pakar iaitu doktor. Tak salah nak bertanya. Semoga anak anda dalam keadaan sihat sentiasa!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bersalin Koyak Hingga Ke Dubur! Doktor Pakar Ini Menerangkan Konsep Jahitan ,

Doktor Pakar Ini Kongsi 7 Tip Elakkan Faraj Terkoyak Ketika Bersalin

 

 

 

Sumber: babyinfotwitter

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna