Jangan Harapkan Isteri Je, Kini Giliran Lelaki Pula Ambil Pil Perancang Kehamilan!

Dek kerana peningkatan kos sara hidup, memiliki ramai anak mungkin bukan keputusan yang bijak. Bayangkan jika kos membesarkan anak boleh mencecah hingga satu ribu ringgit sebulan termasuk yuran taska, susu, lampin pakai buang dan keperluan lain, mampukah anda menanggung kos yang sama untuk anak seterusnya? Kebajikan anak mungkin terabai dan sungguhpun anda mampu dari segi kewangan, kasih sayang yang diperlukan anak juga mungkin tidak dapat diberikan secukupnya.

Paling sedih adalah keadaan fizikal dan mental ibu yang mengandung dan melahirkan. Aduh, ternyata ia bukan tugas yang mudah. Ramai juga suami yang tidak sedar bahawa isteri mereka yang sebenarnya bimbang untuk menyuarakan keinginan merancang kehamilan.

Ada yang mengatakan penggunaan kondom adalah antara alat mencegah hamil paling mudah berbanding pil, implant, IUD,ataupun suntikan. Namun, rata-rata suami juga mengambil enteng penggunaan kondom dengan alasan tidak puas ketika bersama. Haih, sekali lagi si isteri terpaksa berkorban menelan pil setiap hari atau juga kaedah lain yang ada. Adakah tanggungjawab merancang kehamilan ini tugas isteri semata-mata sedangkan si suami hanya tahu memuaskan nafsu mereka tanpa perlu lakukan apa-apa? Amboi..amboi..amboi..

via GIPHY

Berita gembira buat kaum wanita, pil perancang untuk lelaki bakal dihasilkan dan telah pun melepasi Fasa 1 iaitu ujian keselamatan manusia (Human Safety Test). Keputusan itu telah dibentangkan di mesyuarat tahunan Endocrine Society’s di New Orleans, LA.

via GIPHY

Seramai 40 lelaki sihat dipilih untuk melakukan ujian dan kesemua responden diberikan pil tersebut dan diminta mengambil selama 28 hari selepas makan. Hasil kajian mendapati, tiada lelaki yang mengalami masalah enggan melakukan seks. Kajian juga menunjukkan, pil perancang kehamilan lelaki yang menggabungkan aktiviti 2 hormon iaitu Androgen dan Progesterone berjaya mengurangkan bilangan sperma tanpa menganggu keupayaan libido lelaki.

Ujian tersebut akan dilakukan pada skala lebih besar dan pengkaji mungkin akan melakukannya ke atas pasangan yang aktif seksual bagi mendapat keputusan yang lebih berkesan.

Artikel berkaitan:

Telan Pil Perancang Cara Paling Murah Jarak Kehamilan

Hamil Semula Selepas 6 Bulan Caesarean. Rasa Nak Gugurkan Kandungan!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna