Jangan ‘Give Up’! Ini Tip Nak Bagi Anda ‘Maintain’ Berlari

Tak hanya untuk sihat, aktiviti macam berlari atau jogging ini sangat baik untuk membuat badan anda lebih segar dan memberikan mood yang lebih baik kepada anda. Lagipun, ia tak memerlukan modal yang banyak. Anda hanya perlu ada kasut dan taman untuk beriadah. Tak susah.

Tapi itulah, kami pun faham kadang-kadang motivasi untuk berlari ini turun naik. Hari ini bukan main semangat. Esok lusa mulalah malas dan tak larat. Aish! Tak boleh macam itu tau. Jadi dalam artikel kali ini, kita nak kongsikan apa benda yang anda boleh buat untuk kekalkan momentum larian.

BACA: Berang Anak Remaja Perempuan Lari Ikut Kekasih Berusia 35 Tahun, Bapa Penggal kepala Anak

via GIPHY

Cari kawan

Jika anda baru berjinak dengan dunia larian, wajar untuk anda cari seorang kawan supaya  lebih bersemangat untuk berlari. Seeloknya, cari juga pelari pemula. Kalau ada hari yang anda tiba-tiba malas, dia boleh ingatkan anda, begitu juga sebaliknya.

Catat masa larian

Elok juga jika anda catat masa larian di mana-mana, dapatlah anda lihat perkembangan larian selepas tiga minggu. Nak lagi senang, download sahaja  aplikasi di telefon pintar.

via GIPHY

Mula dengan larian perlahan

Awal-awal ini memang semangat berkobar, tapi mulakanlah dengan larian perlahan dulu. Jangan bandingan pace kita dengan orang lain yang dah biasa lari laju. Kalau pace kita perlahan, tak apa. Asalkan kita sudah pun memulakan larian. Bagi pemula, sasarkan 10 km dalam masa sebulan pun dah okay.

BACA: Susahnya Nak Diet..Jep Sepahtu Bila Tengah Bersenam

Banyak minum air

Air minuman sangat penting untuk seseorang pelari. Dengan meminum air, badan anda tidak akan terhidrasi ketika berlari. Elakkan minum air macam soda, kopi atau teh kerana minuman ini akan membuatkan anda cepat dahaga.

via GIPHY

Ha, tak susah kan? Ingat tau, bila kita buat keputusan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan tergopoh-gapah bandingkan larian kita dengan orang lain. Semua orang ada fasa-fasa larian yang tersendiri. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Active.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna