Jangan Gelabah Kalau Ada Kedut Dekat Muka, Selamatkan Sekarang!

“Kalaulah muka boleh awet muda selamanya, mesti best”

Itulah yang bermain di dalam fikiran perempuan bila dah mencecah umur tertentu. Mulalah kita rasa cemas dan kecewa kalau wajah kita dah menunjukkan kedutan di lipatan-lipatan kulit. Ini kerana kulit kita sudah kehilangan protein kolagen yang memastikan ketegangan wajah.

Kesannya, kulit jadi lebih nipis dan semakin banyak kedutan mula muncul. Bukan itu sahaja, kalau anda jenis cepat terhidrasi pun boleh menyebabkan wajah anda jadi makin teruk. Mulalah kita mencari seribu satu jalan untuk mengurangkan kedutan wajah.

BACA: 5 Jenis Buah Yang Menaikkan Seri Wajah

Jadi, berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kedutan pada wajah anda.

via GIPHY

Tidur terlentang

Kenapa? Kalau kita tidur mengereng, ia akan memberikan kerutan pipi dan juga dagu sepanjang malam. Bukan itu sahaja, kalau tidur telungkup pun boleh menyebabkan kerutan dekat bahagian kening dan susah nak hilang. Jadi, tidurlah dengan cara terlentang.

via GIPHY

Makan banyak ikan salmon

Salmon adalah ikan yang mempunyai sumber protein luar biasa. Omega 3 yang ada dekat dalam ikan itu boleh buatkan kulit nampak lebih sihat, anjal dan awet muda. Tapi itulah, harganya agak mahal juga.

via GIPHY

Kurangkan kerut dahi

Ekspresi wajah pun memainkan peranan penting untuk mengurangkan kedutan. Contohnya kalau kita asyik sepetkan atau kecilkan mata dan juga kerut dahi. Ekspresi wajah ini akan buatkan otot wajah anda bekerja lebih banyak daripada yang sepatutnya. Kurangkan berkerut dan banyakkanlah senyuman anda ya.

BACA: Rahang Saya Senget Sebab& Dira Abu Zahar Dedah Bentuk Wajahnya

via GIPHY

Jangan selalu sangat cuci muka

Memang betul basuh muka boleh buat wajah anda rasa lebih segar, bersih dan terawat. Tapi kalau kerap sangat cuci muka, anda boleh menghilangkan kelembapan dan kandungan minyak di dalam kulit wajah anda.

via GIPHY

Rupanya nak hilangkan kedutan tak lah susah mana. Anda boleh amalkan beberapa tips yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna