“Jangan Dengkilah…” – Perempuan Ini Berjaya Rentas Negeri Guna ‘Cable’ Besar

Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan,” – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Arahan tegas dikeluarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam selepas ramai rakyat berpusu-pusu beratur di balai polis untuk meminta surat kebenaran merentas negeri. Pantang ada kelonggaran sikit, mulalah ramai ambil kesempatan.

Jangan berdengkilah…

Malangnya, walaupun arahan tegas telah dikeluarkan, masih ada lagi yang tetap berdegil sampai sanggup menggunakan cara yang agak ‘kotor’.

Buktinya, lihatlah pengakuan dari wanita ini menerusi Instastory dan kemudian, ditularkan oleh seorang pengguna Facebook. Malah, lebih beraninya lagi apabila dia memberitahu secara umum open house akan diadakan pada 2 Jun di Kuala Lumpur. Ada lagi rakyat Malaysia yang tak faham bahasa Melayu.

“Jalan mudah dengan kata-kata yang manis…”

Mungkin ada yang mengatakan pengakuannya di Instastory wanita tersebut hanyalah gurauan semata tapi, lihatlah bukti kedua di mana dia berurusan dengan salah seorang pihak berkuasa yang disimpan nama sebagai Sarjan Edy Putrajaya. Wah! Wah! Mudahnya hidup ada cable besar!

Orang Terengganu…

Jangan main-main dengan kuasa viral dan kehebatan netizen. Sekarang ni, profile media sosial wanita tersebut sudah pun tular. Cantiknya orangnya! Putih gebu.

Kalaulah betul apa yang terjadi, polis di Malaysia tak cukup jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas. Harap pihak berkuasa ambil tindakan yang sewajarnya. Jangan kerana ayat manis dari seorang wanita, sanggup pecah amanah.

Mungkin kerajaan perlu keluarkan hukuman lagi berat baru nak nak ikut arahan. Jangan risau, raya ni, kita semua duduk rumah okay? Bukan kita je tapi seluruh Malaysia. Stay safe, stay at home!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Raya Jangan Ziarah Kubur” – Datuk Dr Noor Hisham

Kesan Koronavirus! Tindakan Pihak MRT & LRT Buka Mata Ramai

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna