Jangan Buang Sisa Buah-Buahan, Banyak Manfaat Tau!

Daripada benih kecil, ditanam, disiram sehingga menjadi pokok subur kemudian menghasilkan buah. Bergantung pada individu sama ada untuk makan atau dibancuh dijadikan face mask untuk kesihatan kulit wajah. Biasalah, buah banyak khasiatnya. Sayangnya, tak ramai yang tahu.

Selain daripada membuat bancuhan face mask atau dimakan begitu saja, sebenarnya ada manfaat yang lain. Misalnya, lepas buah lemon diperah jusnya, kita semua mesti buang kulitnya, padahal kulit lemon boleh dihiris dan diletakkan di kawasan rumah untuk mewangikan udara.

via GIPHY

Kan dah jimat, tak perlu nak spray rumah dengan pewangi! Cuma kita tahu dengan tidak je. Jadi, kami akan kongsi bersama anda beberapa jenis makanan semulajadi yang kita harus manfaatkan kelebihan buah yang lain sebaik yang mungkin. Antaranya…

Kulit pisang

Permukaan kulit pisang bahagian putih sangat kaya dengan potassium. Ia boleh memberi kilat pada semua jenis kasut kecuali kasut material kain.

 

Kulit oren

Rumah banyak nyamuk dan semut? Tak perlu risau dah sekarang ni, kulit oren yang kaya dengan ekstrak minyak limonen mampu menghalang serangga untuk datang ke kawasan itu. Caranya mudah saja, letakkan saja di kawasan yang mempunyai banyak serangga.

Kalau nak buat hiasan sikit, letakkan kupasan kulit oren di dalam bekas dan rendam bersama sedikit air yang dicampur dengan cengkih, bunga lawang. Setiap 2 hari, tukar dengan air dan kulit oren yang baru. Lagipun, rumah pun bau wangi sebab dia akan neutralkan bau sekeliling.

 

Kulit Pistachio

Jangan sia-siakan nutrien yang banyak pada kulit kacang pistachio! Kalau ada kebun atau tanaman di kawasan rumah, taburkan saja kulit kacang pistachio kerana ia boleh memberi kesuburan pada tanaman. Senang cerita pengganti kepada baja. Pastikan, basuh kulit kacang pistachio terlebih dahulu untuk buang sisa garam yang melekat.

 

Sekarang ni dah tahu kan kegunaan lain yang ada pada kulit buahan-buahan? Lepas ni jangan main buang je. Gunakan sebaik yang mungkin. Bye!

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut Bau Rumah Harum Dengan Hanya Cara Mudah Ini , Kesan Buruk Pada Tubuh, Hati-Hati Buat Pencinta Buah Alpukat

 

 

 

 

 

Sumber: martha stewart

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna