“Jangan Bina Mahligai Atas Tangisan Air Mata Isteri…” – Ustaz Ebit Lew Bersuara

Hampir setiap hari, di media sosial ada saja perkongsian kisah penceraian, dan kes ini bukan saja boleh berlaku dalam kalangan artis je tapi dalam mana-mana rumah tangga yang tak ada sakinah, mawaddah dan warahmah. Malah, tanda nokhtah dalam perkahwinan boleh berlaku tak kiralah pasangan tersebut mempunyai ilmu agama tinggi atau tidak.

Lihat sajalah baru-baru ini rakyat Malaysia dikecohkan tentang hubungan seorang individu yang dipandang tinggi dalam ilmu agama tentang pernikahan yang dibina bersama seorang wanita yang melamar dirinya kali ke-19 di tanah suci dan dikhabarkan juga dia menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu ketika isterinya sedang hamil anak kedua.

Sumber: ihsanfb

Seperti biasa, ramai kalangan wanita menghentam tindakan ustaz tersebut kerana melukakan hati isterinya disebabkan wanita yang baru saja dikenali melamarnya di tanah suci kota mekah.

Apa yang membuatkan kami nak membuka topik ini apabila salah seorang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bersuara tentang isu rumah tangga dan penceraian menerusi posting instagram miliknya.

 

Ustaz Ebit turut menambah, kalau nak kahwin sebaiknya carilah niat waktu awal-awal mula dulu kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah untuk bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak. Nikah itu amanah Allah. Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumah tangga.

Sumber: salam

Begitulah nasihat padat yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew. Sebaiknya jangan kita mendirikan rumah tangga kerana hawa nafsu atau sekadar memenuhi perintah Allah kerana boleh merosakkan masjid yang telah dibina. Apa pun, sebelum berkahwin pastikan anda faham tanggungjawab masing-masing.

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

“Sayang Redha Abang Kahwin Lain Tapi…” –  Isteri Dai’ Farhan Minta Jangan Viralkan Perkahwinan 

5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan

 

 

Sumber: twipuig ebitlew

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna