Jangan Biarkan Serabut! Suami Pun Kena ‘Kemaskan Bawah Tu’ Barulah Isteri Nak Selalu

“Menanam hutan ‘belantara’ di sekitar kemaluan adalah a big no!

Alamak bila hubby dah bagi hint nak ajak bersama cepat-cepat si isteri bersihkan segala bulu yang ada barulah nampak bersih. Mencukur bulu kemaluan bukan sahaja untuk menjaga kebersihan malah ia dapat memberi keselesaaan semasa melakukan hubungan intim bersama. Opps! Nanti dulu, takkan kaum Hawa je yang nak kena jaga di bahagian bawah tu macam mana pula dengan si suami? Tak sanggup tengok dibuatnya hiks!

Donna faham kebanyakan lelaki di luar sana sering menggangap mencukur bulu atau melakukan waxing di bahagian sulit bukanlah satu rutin wajib yang perlu dilakukan setiap hari. Apa pun alasan yang sering anda berikan tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki, penting untuk anda membersihkannya dan berhati-hati apabila mencukur di sekitar alat sulit. Jangan tersilap langkah, silap-silap nanti berdarah pula, jom keep scrolling untuk tip mudah ketika mencukur!

Image result for men shaving down there

Sumber : healthline

Guna Alatan Yang Sesuai

Cik abang kena tahu persekitaran di kemaluan adalah area yang sangat sensitif. Jadi penting untuk memilih alatan yang sesuai dengan kulit anda. Jika anda ingin memotong pendek atau trimming disarankan untuk menggunakan gunting kecil khas yang hanya dikhususkan untuk memotong bulu. Jangan pakai gunting rambut pula ye!

Perlu Potong Habis Ke? It’s Up To You 

Berdasarkan kajian 56 peratus wanita lebih mengidamkan bulu lelaki untuk dicukur habis, so please take note ye encik suami! Pastikan pisau pencukur tajam dan gunakan sabun untuk mengelakkan keradangan pada kulit di kawasan kemaluan.

Image result for men shaving down there

Sumber : zion

Cukur Kering Semestinya Tidak!

Oh no mencukur kering memang sesuatu idea yang buruk! Waktu paling baik untuk anda mencukur adalah selepas mandi dengan air suam untuk melancarkan proses mencukur. Keadaan bulu yang basah dengan suhu yang betul pasti akan memudahkan anda untuk lebih selamat anda juga boleh menggunakan shaving cream tanpa kandungan alkohol.

Mencukur Skrotum?

Bahagian kemaluan lelaki memiliki lebih banyak lipatan jadi ia mudah tergores dan terluka. Untuk memastikan bulu di bahagian tersebut dicukur rapi gunakan tangan anda yang lebih dominan gunakan cermin, dengan mod lampu yang terang. Sekiranya tidak berani, cukur sekadar anda memotong halus menggunakan gunting.

Haa para isteri di luar sana boleh cepat kongsikan kepada suami anda, barulah seronok nak bersama nanti.

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik tentang hubungan anda boleh klik link di sini :

Zakar Suami Bersaiz Kecil? Tak Perlu Bimbang Jom Pelajari Posisi Bersama Yang Tepat Lagi Sedap

 

 

 

 

Sumber : aseanparent 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna