Jangan Biarkan Anak Tonton Terlalu Banyak Kartun. Lakukan Aktiviti Ini Untuk Latih Anak Bijak!

Hujung minggu adalah saat yang dinantikan untuk si manja. Iyalah, dapat bercuti dan tak perlu bangun awal pagi untuk ke sekolah. Tapi, sebagai ibu bapa harus membentuk mereka sejak dari kecil lagi supaya tidak mensia-siakan masa senggang mereka.

Ya, memang benar waktu kecil adalah zaman perlu bermain, menonton kartun dan biarkan mereka menikmati betapa indahnya zaman kanak-kanak. Namun, jika tidak digunakan sebaik yang mungkin, pasti banyak perkara yang berguna akan terlepas. Jadi, Donna akan senaraikan beberapa aktiviti yang berfaedah untuk si manja. Antaranya…

Melukis dan mewarna

Kanak-kanak yang berusia seawal 4 hingga 12 tahun, sel-sel otak mereka sedang aktif untuk menerima segala benda. Jadi, pada tahap ini anda harus mengambil peluang untuk mendedahkan mereka tentang warna dan lukisan. Melukis dapat meningkatkan daya tumpuan si manja melalui kordinasi tangan dan mata. Aktiviti ini juga mampu membentuk daya imaginasi untuk kanak-kanak.

Sumber: internet

Masak bersama si manja

Donna yakin, si manja pasti mempunyai makanan kegemaran mereka. Sukar atau tidak membuatnya, apa kata anda ajak mereka ke dapur untuk bantu anda. Kalau boleh, sambil menunjuk mereka cara memasak masakan kegemaran mereka, wujudkan perbualan one-to-one bersama si manja. Pasti seronok! Aktiviti ini juga dikira sebagai aktiviti praktikal tentang kehidupan asas buat kanak-kanak.

Sumber: hello doktor

Kelas Taekwondo

Jika anda mengikuti akaun instagram Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, beliau sudah pun menghantar dua orang anak perempuannya iaitu Tasha dan Bella ke kelas Taekwondo untuk belajar mempertahankan diri. Tak rugi pun, malah sangat berbaloi memandangkan kes-kes penculikan kanak-kanak di Malaysia semakin menjadi-jadi. Selain itu, aktiviti ini juga mampu membentuk disiplin dan menggalakkan aktiviti fizikal si manja sejak dari kecil.

Sumber: internet

Kelas Gimnastik

Bila sebut kelas gimnastik pasti anda fikir kos pembiayaannya mahal. Hm, tekaan anda salah kerana pembiayaan kos kelas gimnastik murah-murah saja jika anda menggunakan promosi di Superdeals! Klik saja disini.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna