Jangan Bergantung 100% Pendapatan Suami, Ini Antara ‘Side Income’ Buat Suri Rumah

Pekerjaan yang dilakukan tak berhenti kecuali waktu tidur, tidak mempunyai gaji, dilakukan secara sukarela, tiada cuti tahunan mahupun MC dan…. Chop! Pekerjaan apa ni? Siapa yang boleh kerja macam ni? Sebenarnya inilah yang dihadapi yang dilakukan oleh wanita bergelar suri rumah. Hebat bukan? Itulah wanita.

Tapi sayangnya tak banyak pasangan yang tahu cara menghargai pengorbanan mereka. Kita sebagai wanita pula, jangan terlalu bergantung harap dengan duit suami. Kami nasihatkan buat duit tepi walaupun income tak mencecah ribuan ringgit. Bukan apa, kita tak tahu sampai bila suami kita boleh sayangkan kita dan apa akan terjadi pada masa akan datang. Kita kena sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Sekurang-kurangnya, ada duit poket sendiri. Mesti ramai yang buntu, pekerjaan apa lagi yang boleh para suri rumah boleh lakukan? Banyak sebenarnya. Jom kita lihat senarai berikut.

Menjual makanan

Cuba lihat kelebihan air tangan anda, masakan apa yang anda mahir? Contoh karipap frozen. Cuba buat dalam kuantiti yang banyak dan jualkan di media sosial. Mesti ada orang nak beli, lagi-lagi kalau sedap dan anda pandai ketengahkan produk anda. Asalkan menjual dengan niat yang betul. Jangan menipu dengan menjual karipap frozen angin, ops! 

Perkhidmatan bergerak

Dalam dunia perniagaan tak ada benda yang terhad selagi produk, servis dan perkhidmatan mempunyai nilai dalam market. Sekarang ni, disebabkan ada sesetengah daripada rakyat Malaysia tiada masa pergi memanjakan diri.

Apa kata anda berikan perkhidmatan bergerak, sekarang ni tengah trend. Misalnya…

  1. Memberi perkhidmatan spa dan rawatan wajah bergerak. Tapi, sebelum tu anda perlulah masuk bengkel untuk melatih diri anda berikan perkhidmatan yang profesional.
  2. Memberi perkhidmatan cucian rumah bergerak. Perkhidmatan ni mungkin tak perlu untuk masuk bengkel tapi anda perlukan skill mengemas dan membersih yang hebat! Barang cucian pun kena lengkap.
  3. Memberi perkhidmatan urutan badan. Mungkin ada di antara anda tahu mengurut jadi gunakan sebaik yang mungkin. Cukup wawarkan di kawasan rumah anda, pasti setiap malam ada orang request.

Sumber: cariangoogle

Menjaga budak

Bila dekat rumah dah alang-alang kita jaga anak sendiri, ambil kesempatan menjaga anak jiran yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu bekerja. Untuk lebih mudah ambil kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Takut kalau bayi, pergerakkan anda menjadi terhad dan agak rumit. Kalau sanggup jaga bayi kecil, up to you!

Menjual barangan terpakai

Dekat rumah mesti ada barang yang dalam keadaan elok tapi sudah tak digunakan lagi. Daripada buang atau terbiar berhabuk, lebih baik dijual di Pasar Online. Dengan menjual barang terpakai, anda boleh dapat duit. Tapi, apa tu Pasar Online? Lihat posting di bawah.

Menjadi dropship

Sekarang ni ramai artis dan usahawan menawarkan perkhidmatan menjadi ejen untuk menjual barangan produk mereka dengan memberikan sedikit diskaun kepada anda hasil daripada jualan produk mereka. Ha, buat je dari rumah. Janji pandai menyusun strategi dan pandai bergaul.

Sebenarnya banyak cabang perniagaan yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan sendiri. Biarpun hasilnya tidak banyak tapi anda tetap ada duit poket sendiri. Tak apa mula dari bawah, lama-kelamaan mungkin perniagaan yang kecil berkembang sikit demi sedikit. Penting pasang niat betul dan sentiasa berusaha.

Selamat mencuba!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dalam Rumah Tangga Wajib Amalkan Tip 4D ,

 “Kita Perempuan Kena Sentiasa Bersedia” – Fasha Sandha

 

 

 

 

 

Sumber gambar hiasan: Instagram Hanis Zalikha

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna