Jangan Bazir! Bawa Duit Cukup-Cukup Je Kalau Pergi Bazar Ramadan

Alamak dah terlebih beli ni!!!

Haa rata-rata siapa yang berkunjung ke bazar ramadan pasti akan menghadapi situasi macamni kan? Kadang-kadang nafsu membuak-buak sebaik sahaja melihat pelbagai jenis makanan yang ada di bazar, biasalah tengah berpuasa kan! Mesti anda pening, kalau tiap-tiap hari pergi bazar macam nak jimat? Jangan risau sebab Donna akan kongsikan bagaimana untuk anda berjimat sambil membeli.

Image result for bazar ramadan

Sumber: trending

Sebelum pergi ke bazar apa kata anda sediakan cukup secukupnya dah tetapkan berapa bajet pada hari tersebut. Sebagai contoh, untuk hari ini anda tetapkan untuk belanja sebanyak RM10 jadi simpan siap-siap dalam dompet anda. Jangan bawa semua duit yang anda ada, untuk mengelakkan anda berbelanja lebih.

Image result for bazar ramadhan

Sumber: ejosolutions

Untuk lebih jimat apa kata anda hanya beli lauk sahaja di bazar, kemudian masak nasi di rumah. Haa jimat kan? Mungkin bagi anda yang sibuk bekerja pasti akan membuat keputusan untuk tidak masak dan terus pergi ke bazar selepas pulang dari kerja. Cukup beli sekadar satu lauk, cara ini akan mengajar anda untuk berjimat.

Related image

Sumber: cheese

Kalau bazar ramadhan tak sah kalau tak beli air, betul tak? Pelbagai jenis air dijual di gerai yang menarik perhatian anda maklum lah bila berpuasa pasti akan terasa dahaga. Tapi apa kata anda bancuh sendiri atau amalkan air masak ketika berbuka untuk mengelakkan anda tidak terpengaruh apabila melihat air yang dijual.

Related image

Sumber: azhan

Juadah yang sering menjadi pilihan atau tradisi ketika berbuka pasti kuih muih. Bagi anda yang menggemarinya, Donna cadangkan untuk anda membeli satu hari hanya sejenis kuih. Dengan cara ini anda boleh merasai dan menukar jenis kuih pada hari-hari yang lain. Mudahnya nak berjimat, ingat jangan ikut nafsu dan berbelanja lah dengan bijak di bazar ramadan!

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna