Jangan Banyak Fikir Sangat, Nanti 6 Simptom Ni Serang Bahagian Oral Anda

Awak tu janganlah banyak sangat memikir…”

Baris ayat ni selalu kita dengar dari suami atau kawan-kawan lelaki. Maklumlah, golongan yang sering berhadapan dengan gejala penyakit mental ini ialah wanita terutama yang sudah bekerjaya dan telah berkahwin. Tapi itulah, dah nama pun perempuan, sifat overthinking memang tak dapat nak dipisahkan.

Begitupun, tak kira wanita bekerjaya atau pun tidak, setiap daripada mereka mempunyai cabaran yang tersendiri lebih-lebih lagi pada masa yang sama mereka memikul tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Golongan lelaki apa kurangnya. Sayangnya, ramai yang stres menggalas tanggungjawab mereka.

via GIPHY

Bukan apa, percaya atau tak stres boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan oral iaitu bahagian mulut. Mesti ada yang tertanya-tanya apa antara senarai simptom oral tu?

  1. Masalah sendi rahang dan gusi.
  2. Keadaan mulut yang sentiasa kering.
  3. Ulser dalam mulut muncul dengan kerap.
  4. Rasa terbakar di bahagian lidah, lelangit dan lidah.
  5. Garis putih atau tompok merah pada dinding pipi dan merasa pedih.
  6. Berlaku perlanggaran antara gigi atas dan bawah ketika tidur. Bunyi seakan gigi mengasah atau melaga.

via GIPHY

Berhati-hati lah bila nak memikirkan sesuatu masalah. Cuba luahkan dengan orang yang terdekat dan dipercayai atau pun hubungi Talian Kasih 15999 untuk sokongan emosi dan kaunseling, okay?

Jadi, kami ingin menegaskan kepada semua para wanita bahawa mereka harus sedar kesibukan mereka dalam menguruskan kerjaya haruslah diseimbangkan dengan tanggungjawab mereka dalam menguruskan rumahtangga.

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Minggu Kesedaran Stres Sedunia: Wanita Cenderung Untuk Mengalami Simptom Ini?

4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: kkm

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna