Jangan ‘Asyik’ Sangat Korek Hidung Boleh Ancam Nyawa Tau

Perbuatan mengorek hidung dilakukan oleh semua manusia sebagai cara untuk membersihkan anggota yang berfungsi sebagai deria bau itu.”

Namun begitu, aktiviti membersihkan lubang hidung itu kadangkala boleh menghayalkan dan membuat individu itu leka tidak kira samada kanak-kanak atau orang dewasa. Tabiat ini tidak salah kerana ia rutin yang baik untuk penjagaan kebersihan diri namun ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Menerusi kajian yang diterbitkan Jurnal Pernafasan Eropah, tabiat mengorek hidung boleh menyebarkan bakteria berbahaya yang menyebabkan radang paru-paru (pneumonia).

Sumber Foto: commons

Ia akan menyebabkan pembengkakan tisu dalam sebahagian atau kedua-dua bahagian paru-paru. Manakala kajian dilakukan penyelidik dari Sekolah Perubatan Tropika Liverpool, rutin mengorek lubang hidung boleh menyebabkan jangkitan bakteria bukan hanya disebarkan sebagai virus udara, tetapi kesan setelah memasukkan jari ke dalam lubang hidung. Tangan yang kotor digunakan untuk membersihkan lubang hidung menyebabkan pelbagai masalah pernafasan atau jangkitan lain.

Sumber Foto: ardenwoodsretire

Penyelidik utama klinikal di Sekolah Perubatan Tropika Liverpool dan Hospital Royal Liverpool, Dr Victoria Connor, berkata jangkitan pneumokokus adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan dianggarkan punca kematian berjumlah 1.3 juta kanak-kanak di bawah lima tahun setiap tahun. Perbuatan mengorek hidung boleh mengancam nyawa kerana menyebabkan penyebaran bakteria ini.

Gejala dialami disebabkan serangan bakteria ini:

  • Batuk dengan kahak menjadi hijau , kuning atau berdarah.
  • Demam
  • Nafas pendek dan lebih cepat bernafas
  • Sakit dada dan lebih teruk apabila anda menarik nafas panjang
  • Menggigil dan berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Lemah dan sakit otot

Jadi, lepas ni kena hati-hati bila nak bersihkan hidung ya.

 

 

 

Sumber: Dailymail bharian

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna