Jangan Ambil Ringan, COVID Boleh Jangkit Melalui Mata!

Perasan tak, hujung minggu ni sahaja berapa ramai rakyat kita berkunjung ke pasaraya dan kedai-kedai membeli persiapan raya seakan tiada apa yang berlaku.

Orang kata selagi belum terkena selagi itulah kita tak sedar ye dak? Mungkin berita yang akan Donna kongsikan ni mampu buat anda tersedar walaupun sedikit. Hm, jangan terkejut jika kami katakan virus ini boleh berjangkit melalui mata anda.

Info ini diterangkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan saranan penjarakan satu meter penting bagi mengelakkan virus berjangkit melalui mata.

“Virus (Covid-19) boleh masuk ke dalam mata, oleh itu elakkan tangan daripada selalu menyentuh muka dan mata,” katanya.

Fuh, bayangkan jika kita di kedai memegang pelbagai permukaan dan  tanpa sedar kita menggosok mata dalam keadaan tangan mengandungi virus. Tak pasal-pasal terkena dengan tidak semena-mena.

Bukan tidak boleh keluar membeli barang

Bukan tidak boleh melakukan persiapan raya, namun patuhilah prosedur operasi standard (SOP) setiap kali berada di tempat awam.

Walaupun berada di kedai atau pasar raya amalkan penjarakan sosial satu meter dan gunakan pembasmi kuman serta pakai pelitup muka. Penting juga waktu ini untuk kita mengehadkan aktiviti kunjung-mengunjung di musim perayaan nanti dan jika boleh perayaan disambut secara tertutup.

Memang sukar, namun inilah normal baru yang harus kita amalkan. Kasihanilah frontliner yang bertungkus lumus berusaha demi kesejahteraan rakyat. Apa yang perlu kita beri hanyalah kerjasama.

 

 

Baca juga:

317 Budak Positif COVID-19 – Perlu Ke Bawa Anak Beli Baju Raya?

Sah Tak Boleh Balik Kampung Raya Ni!

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna