Jangan Ambil Mudah, Lakukan Ni Lepas Pulang Beli Barang

Buka peti ais barang basah dah habis, jeling bahagian rak dan dalam kabinet barang kering makin berkurang. Mana tidaknya, sudah seminggu Perintah Kawalan Pergerakan beroperasi. Jadi, tak pelik kalau bahan masakan makin berkurang.

Kita sebagai ‘tukang masak’ di rumah, mula memikirkan menu masakan untuk beberapa hari dan bahan apa yang nak dibeli supaya nanti tak la terpinga-pinga bila dah dekat kedai. Tambah pula musim COVID-19 ni, kita semua perlu hadkan keberadaan di luar.

Sumber: pymnts

Malangnya, ramai yang hanya berwaspada bila berada di luar saja. Misalnya memakai topeng muka, sanitize tangan, dan memakai sarung tangan tapi gagal ambil tahu tindakan sepatutnya selepas pulang membeli barang keperluan.

Mungkin ada yang berkerut muka dan tertanya-tanya, langkah apa lagi yang perlu diambil sedangkan sudah pakai topeng muka, sarung tangan dan sanitizer? Ha, tak terfikirkah kita kuman COVID-19 boleh melekat dan berada di permukaan baju, seluar sewaktu kita membeli tadi.

Kemudian, kita bawa masuk dalam rumah dan sekali gus kuman tersebar dalam rumah. Oh no! Jadi, untuk mengambil langkah lebih berhati-hati, jom kita ikut langkah yang sudah disusun oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penambahan lain: Sebaiknya, basuh kesemua barang pembelian tadi di dalam tandas supaya bakteria benar-benar hilang. Kalau ada garaj, basuh di kawasan garaj. Kemudian, barulah mandi dan  bersihkan segalanya mengikut garis panduan di atas.

Marilah kita sama-sama bantu barisan hadapan mengurangkan bilangan kes COVID-19. Keep clean and stay safe everyone!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Neelofa Kongsi Cara Buat Jus Untuk Musim COVID-19

Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

 

 

 

Sumber: KKM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna