Jangan Ambil Gambar Sebelum Makan Sushi!

Makan dahulu baru rakam gambar! Jika berada di restoran sushi, anda tidak digalakkan untuk mengambil gambar hidangan terbabit terlebih dahulu. Ini untuk menghormati pembuat sushi yang menunggu respon anda merasai keenakan sushi tersebut.”

Sushi, makanan popular Jepun yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira bangsa hingga boleh dikatakan di negara ini sajian itu begitu mudah didapati. Sushi bukan sahaja dikatakan baik untuk kesihatan malah makanan Jepun itu dipercayai dapat membantu memanjangkan usia. Para penyelidik percaya ini berlaku kerana rakyat Jepun mengambil lebih banyak ikan dalam diet harian mereka. Contohnya asid lemak omega-3 yang ditemui dalam ikan kod, tuna dan salmon membantu mengurangkan keradangan dan melambatkan pembentukan lemak dalam saluran arteri. Sushi membawa maksud nasi bercuka. Cuka ditambah pada nasi yang digumpal, kemudiannya akan dibalut bersama dengan ikan, udang, sotong, atau pun rumpai laut. Ada bermacam-macam jenis ikan yang popular seperti salmon, maguro (tuna) telur ikan, unagi (belut) dan bermacam lagi. Makanan-makanan laut ini akan dibalut atau diletakkan di atas nasi yang sudah digumpal tadi serta akan diletakkan bersama-sama wasabi.

Sumber Foto: gastro-trendy.blogspot

Bagi penggemar sushi, ada cara dan adab yang betul perlu diikuti untuk memakan sushi. Jom belajar!

 

Sumber Foto: globalnews.ca

  • Makan dengan hanya satu suapan. Saiz sushi yang comel dan dikecil rupanya untuk dimakan dengan hanya satu suapan. Jadi anda tak perlu nak malu nganga mulut luas-luas.

 

Sumber Foto: pixabay.com

  • Kadang-kala nak makan sushi keliru sikit. Ada meja sebelah makan pakai tangan. Meja sebelah lagi pula pakai chopsticks. Jadi mana satu yang betul ya? Sebenarnya, dua-dua cara pun betul dan tidak ada salahnya. Ikutlah mana yang anda selesa ya!

 

Sumber Foto: Tobi911.com

  • Selalu setiap hidangan sushi akan disediakan dengan kicap dan wasapi. Jangan salah anggap, tak semua sushi perlu dicicah dengan kicap dan wasabi tau. Untuk sushi jenis Nigiri, anda hanya perlu cicah kicap pada daging, antara nasi dan daging pula tambah sedikit wasabi atau hanya cicah kicap pada daging sahaja. Untuk Uramaki dan Maki pula hanya cicah sedikit sahaja kicap dan makan. Ini penting supaya rasa sushi itu tidak lari.

 

Sumber Foto: gettyimages.dk

  • Anda akan perasan ada hirisan halia disediakan untuk setiap hidangan sushi. Hirisan tersebut bukan sekadar hiasan, ia berfungsi untuk membersihkan mulut. Contohnya, jika anda makan sushi salmon, tuna atau apa sahaja daging mentah setelah itu diikuti pula dengan sedikit halia. Ia membantu menghilangkan sedikit rasa hanyir di dalam mulut juga menyegarkan mulut anda.

 

Sumber Foto: Tetra Images RF

  • Makan dahulu baru rakam ambar! Jika berada di restoran sushi, anda tidak digalakkan untuk mengambil gambar hidangan terbabit terlebih dahulu. Ini untuk menghormati pembuat sushi yang menunggu respon anda merasai keenakan sushi tersebut. Umum mengetahui Jepun mengamalkan budaya menghormati semua orang terlebih dahulu daripada benda lain. Jadi letak sebentar telefon bimbit anda dan selamat menjamu selera!

 

 

Sumber: wikihow.com

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna