Jamal Abdillah Akui Kesalahannya Dalam Rumah Tangga Melalui Lagu

Segmen khas untuk dua putera tersayang menjadi cara untuk Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah meluahkan apa yang terbuku dalam hati berhubung kegagalan rumah tangganya, pada Konsert Duo Legenda di Istana Budaya, tidak lama lagi.

Sumber: BH

Penyanyi berusia 59 tahun itu berkata, beliau akan mendendangkan lagu berjudul Kisah Ayah dan Anak dalam segmen itu yang ditujukan buat dua putera kesayangan iaitu Osama Yamani berusia 17 tahun dan Ahmad Zaki Yamani berusia 11 tahun pada konsert empat hari mulai 20 Disember depan.

“Lagu itu mengisahkan perihal ayah dan ibu yang cuba mendirikan mahligai untuk kebahagiaan rumah tangga, tapi malangnya, tidak berjaya.

Sumber: kosmo

“Secara simboliknya, ia adalah penyesalan saya yang tidak dapat mendirikan mahligai diharapkan keluarga.

“Dengan cara ini, saya dapat menerangkan pada anak-anak bahawa saya bukan berniat untuk menganiaya sesiapa… Ini adalah takdir yang Allah tentukan.

“Mungkin dengan cara ini, anak-anak boleh memahami di mana saya sudah cuba memulihkan rumah tangga tapi tidak berjaya.

“Saya salahkan diri saya kerana tidak dapat mengemudi bahtera perkahwinan,” katanya pada sidang mengenai persiapan konsert yang menampilkan dirinya dan Datuk M Nasir di sini, hari ini.

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh ke sini

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna